Blogger news

30 June, 2012

0 Kejohanan Bola Sepak Asia B-22 - Malaysia tundukkan Veitnam 3-0

Harimau Muda B-22 meneruskan siri kemenangan mereka dengan menewaskan Vietnam 3-0 hari ini di Myanmar.

Rozaimi Abd Rahman menjadi wira Harimau Muda selepas menajringkan hatrik yang seterusnya memberikan tiga mata penuh kepada pasukan Harimau Muda menentang Vietnam di Stadium Aung San petang ini.

Vietnam yang hanya menang sekali sahaja sebelum ini telah memulakan perlawanan dengan baik setelah beberapa asakan dibuat ke arah gawang gol Harimau Muda.

Harimau Muda kelihatan cuba mencari rentak pada separuh masa pertama tetapi gagal dan Vietnam tampak lebih mengawal perlawanan dengan beberapa percubaan berbahaya dilakukan.

Hantaran bola oleh Harimau Muda kurang memberansangkan dan penjaga gol Vietnam kurang diuji oleh Harimau kerana tiada percubaan berbahaya dari mereka.

Walaubagaimanapun, separuh masa pertama tamat dengan keputusan seri tanpa jaringan setelah gol jaringan Rozaimi dibatalkan kerana ofsaid pada aminit ke-42.

Ong Kim Swee hanya melakukan satu perubahan pada separuh masa kedua apabila beliau menggantikan Wan Zaharulnizam dengan Nazirul Naim.
Vietnam melakukan beberapa asakan sejurus separuh masa kedua bermula tetapi Harimau Muda berjaya bangkit dan Rozaimi meletakkan Harimau Muda 1-0 di hadapan hasil hantaran oleh Wan Zack Haikal.

Perlawanan bertambah sengit selepas jaringan gol Rozaimi dan pasukan Vietnam bermain lebih kasar dan lasak menyebabkan beberapa kad kuning telah dilayangkan 20 minit selepas separuh masa pertama dimulakan.

Pada minit ke-75, Wan Zack telah diganti oleh Azrif Nasrulhaq setelah dia beberapa kali dikasari.

Vietnam walaubagaimanapun tidak berputus asa dan terus menyerang namun benteng pertahanan Harimau Muda terlalu kukuh untuk dilepasi.

Harimau Muda sekali lagi menyerang dan Rozaimi menajaringkan gol kedua dan ketiga perlawanan dan memberikan keputusan 3-0 kepada Harimau Muda pada masa penamat.

0 Usia semua isteri Cruise 33 tahun ketika cerai

LOS ANGELES - Sebaik sahaja berita Tom Cruise dan Katie Holmes akan bercerai muncul, peminat-peminat mereka rasa pelik dengan satu maklumat - secara kebetulan ketiga-tiga isterinya berpisah apabila mereka mencecah usia 33 tahun.

Ketiga-tiga isteri Cruise berusia 33 tahun semasa khabar bahawa mereka akan bercerai tersebar luas dan rumah tangga menemui jalan akhir secara rasmi setahun kemudian.

Isteri berita Cruise, Mimi Rogers, yang berusia 31 apabila berkahwin dengan Cruise, yang hanya berumur 25 tahun pada Mei 1987, dan genap 33 apabila berpisah pada 1990.

Kemudian Cruise berkahwin dengan Nicole Kidman, 23, pada Disember 1990 dan berpisah pada 2001. Ketika itu Kidman berusia 33 tahun.

Holmes, 28, dan Cruise berkahwin pada 2007, tujuh bulan selepas Suri, anak perempuan mereka, lahir.

Dan, apabila berita bahawa kedua-dua mereka akan bercerai muncul semalam, Holmes berusia 33 tahun.

Laporan msnbc menyebut bahawa penceraian dalam setiap kes muncul apabila wanita yang menjadi fokus mencecah 34 tahun. Holmes akan genap 34 tahun Disember ini.

Portal itu juga berkata bahawa maklumat mengenai tahun secara kebetulan itu disedari peminat-peminat mereka yang mengikuti perkembangan pasangan tersebut menerusi laman sosial.

"Apa yang aneh ialah ketiga-tiga perkahwinan Cruise yang gagal berakhir ketika kesemua wanita terbabit berusia 34 tahun?" kata Karen D'Souza menerusi Twitter.

Peminat-peminat lain cuba mencari hubungan antara nombor 33-34 dan kepercayaan 'Scientology' Cruise.

Cruise bersandarkan pada kepercayaan itu ketika menamakan anak perempuannya sebagai Suri.

0 Zoo Negara bakal pindah ke Janda Baik

BENTONG - Persekitaran hijau dan alam semulajadi yang masih terpelihara di sekitar Janda Baik di sini, dilihat menjadi pilihan terbaik bagi pembinaan zoo negara yang baru.

Anggota Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Zoo Negara sedia ada kini dilihat tidak lagi sesuai berikutan pembangunan pesat yang berlaku di sekelilingnya.

"Bagaimanapun kerajaan masih belum memutuskan lagi sama ada akan dilaksanakan atau tidak, memandangkan ia masih dalam peringkat perancangan.

"Perancangan untuk memindahkan Zoo Negara ke kawasan Janda Baik dilihat pilihan terbaik kerana kedudukannya yang begitu hampir dengan Kuala Lumpur.

"Kawasan persekitaran yang menghijau di Janda Baik amat sesuai untuk dijadikan tempat tapak zoo bagi menempatkan pelbagai jenis haiwan. Namun begitu ia masih memerlukan perancangan teliti dan rapi bagi memastikan tidak menimbulkan masalah kepada penduduk," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis mesra bersama penduduk di Janda Baik hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata sekiranya perancangan pemindahan Zoo Negara itu diluluskan ke kawasan berkenaan, sesi taklimat khas perlu diadakan kepada penduduk.

"Ianya  penting bagi memastikan penduduk mengetahui dengan jelas perkara itu sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya.

“Pemindahan Zoo Negara ke kawasan ini dilihat dapat menjadikan Janda Baik sebagai destinasi yang lebih terkenal dengan kepelbagaian produk pelancongan," katanya.- Bernama

0 Salam Kenai dari Admin nooo..!

Ni nak habaq mai kat hangpa semua, kita saja-saja la buat blog ni kot nak kongsi cerita dengan hangpa semua.

Geng-geng Penang semua la, kot hangpa ada-ada berita-berita sempoi nak cerita, habaq mai kat kami, kami boleh boh tang ni, kita upload link di facebook, pakat baca ramai-ramai...ok ka?

Blog ni saja kita buat nak bagi meriah, yang paling utama kita punya facebook tu nooo..kita kalau boleh nak tau la jugak berapa ramai mami combi, yang dok kat pulau, yang dok seberang dok menilau dalam alam maya ni!

About

 

Anak-Anak Jati Pulau Pinang Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates