Blogger news

26 September, 2012

0 Oh...ini rupanya buku latihan yang ada gambar Maria Ozawa tu


Sebelum apa-apa, hal ini berlaku di Indonesia dan bukannya Malaysia.
Pelakon yang dimaksudkan itu ialah Maria Ozawa yang merupakan pelakon filem lucah dari Jepun tetapi sangat terkenal di Indonesia.
Di negara berkenaan, dia juga dikenali sebagai Miyabi.
Orang Indonesia memang sayang betul kat Maria Ozawa ni. Masa Jepun kena gempa bumi dan tsunami tahun lepas, pengguna Twitter Indonesia sibuk mendoakan keselamatan Maria Ozawa.
Punya banyak ucapan dan pertanyaan melibatkan Maria Ozawa, hingga twitter Indonesia trending dengan nama pelakon itu.
Disebabkan obsesi yang keterlaluan, mungkin ada guru gila seks atau penerbit buku yang memujanya telah mencetak gambar wanita itu ke dalam sebuah buku latihan.
Baca petikan dan terjemahan daripada Jakarta Post di bawah untuk memahami mengapa gambar itu diletakan dalam buku latihan;
Pihak berkuasa Indonesia semalam melakukan siasatan mengenai bagaimana gambar pelakon lucah Jepun, Maria Ozawa dicetak pada buku latihan pelajar sekolah menengah di negara ini.
Buku latihan bahasa Inggeris pelajar tahun tiga di sebuah sekolah agama di Jawa Timur mengandungi gambar Ozawa yang lengkap berpakaian dan pelajar diminta menerangkan siapa wanita terbabit.
“Sudah tentu pelajar akan melayari Internet untuk mengetahui siapa Ozawa dan perkara itu boleh merosakkan akhlak mereka,” kata jurucakap Menteri Pendidikan dan Kebudayaan kepada Jakarta Post.

**Tak ke saje aje nak bagi bebudak pandai pasal laman lucah.

Oleh: AK-47

0 Malique Too Phat kembali ke rahmatullah?

Sekarang ini di Twitter & Blackberry Messenger (BBM) sedang kecoh dengan khabar angin pemergian Malique Too Phat.

Tiada pihak yang berjaya mengesahkan khabar angin tersebut ketika ini dan ada kebarangkalian ini hanya rekaan peminat yang ingin Malique Too Phat untuk muncul.

Sebelum ini timbul khabar angin mengatakan penulis dan juga penyanyi Teman Pengganti ini menghidap kanser otak yang serius dan tiada sebarang respons daripada pihak beliau.

UPDATE-1: Zuan Azmi daripada program Melodi mengesahkan yang berita kematian Malique Too Phat adalah palsu.

UPDATE-2: Malique khabarnya mengeluarkan satu kenyataan di laman Youtube video muzik Teman Pengganti & menegaskan yang lagu tersebut hanyalah hiburan semata mata — dan beliau tiada kanser otak seperti yang di’dakwa sesetengah pihak.


25 september 2012 – thank you for your prayers but there is a slight problem. nobody is sick, nobody is dead. no cancer, no coffin. this is a fictional song written for black and monkey bone records. everyone involved in the production of this song is pretty much healthy and living happily. stop being over emotional and stop the negative rumors, this is just a song. just enjoy it. cheers, qarma musiq.

1 Karaoke geli-geli bersama gadis-gadis separuh bogel dar Vietnam

Wanita warga Vietnam yang ditahan ketika menjadi teman penghibur pelanggan yang mengunjungi pusat hiburan, lewat malam kelmarin.

SERI KEMBANGAN – Berhibur ditemani gadis genit berpakaian menjolok mata! Itu antara pakej ditawarkan pengusaha pusat karaoke di kawasan komersil Putra Walk di Taman Pinggiran Putra di sini sejak setahun lalu.

Pengunjung dikatakan bukan sahaja boleh berkaraoke di bilik gelap namun turut dibekalkan wanita muda berpakaian seksi sebagai penyeri sekiranya mampu membayar kadar pakej khas ditawarkan.

Pegawai Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Inspektor Roslin Mohd Isa berkata, bertindak atas maklumat awam pihaknya menyerbu premis yang pernah tiga kali diserbu sejak awal tahun lalu.

Menurutnya, lima warga Vietnam dan dua penjaga berusia antara 19 hingga dan 25 tahun serta dua pelanggan ditahan dalam Ops Noda bersama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) lewat malam kelmarin.

Roslin berkata, premis didapati menjalankan perniagaan secara haram dan  tidak mempunyai lesen perniagaan sah daripada MPSJ

“Pengusaha didapati menawarkan tiga pakej berlainan kepada pelanggan termasuk aktiviti karaoke, minuman keras dan perempuan berpakaian seksi sebagai teman bersosial.

“Bayaran dikenakan antara RM150 hingga RM350 dan pihak kami mendapat maklumat mereka menjalankan perniagaan dari jam 8 malam hingga 5 pagi,” katanya.

Roslin berkata, pihaknya menolak kemungkinan berlaku aktiviti pelacuran di premis terbabit namun mengesyaki berlaku ‘tawar-menawar’ membawa wanita warga asing untuk menikmati layanan tambahan di tempat lain.

Katanya, hasil intipan sebelum ini mendapati wanita terbabit digunakan untuk berseronok dan berpelukan dengan pelanggan mereka.

“Kesemua ditahan termasuk dua penjaga akan disiasat di bawah Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1963,” katanya pelanggan juga di bawa ke IPD untuk diambil keterangan.

Sementara itu, semalam MPSJ diketuai Penolong Pengarah Penguatkuasa, Mazrul Zahar Mohamad mengambil tindakan menyita premis terbabit.


Sinar

About

 

Anak-Anak Jati Pulau Pinang Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates