Blogger news

Showing posts with label masalah sosial. Show all posts
Showing posts with label masalah sosial. Show all posts

26 September, 2012

1 Karaoke geli-geli bersama gadis-gadis separuh bogel dar Vietnam

Wanita warga Vietnam yang ditahan ketika menjadi teman penghibur pelanggan yang mengunjungi pusat hiburan, lewat malam kelmarin.

SERI KEMBANGAN – Berhibur ditemani gadis genit berpakaian menjolok mata! Itu antara pakej ditawarkan pengusaha pusat karaoke di kawasan komersil Putra Walk di Taman Pinggiran Putra di sini sejak setahun lalu.

Pengunjung dikatakan bukan sahaja boleh berkaraoke di bilik gelap namun turut dibekalkan wanita muda berpakaian seksi sebagai penyeri sekiranya mampu membayar kadar pakej khas ditawarkan.

Pegawai Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Inspektor Roslin Mohd Isa berkata, bertindak atas maklumat awam pihaknya menyerbu premis yang pernah tiga kali diserbu sejak awal tahun lalu.

Menurutnya, lima warga Vietnam dan dua penjaga berusia antara 19 hingga dan 25 tahun serta dua pelanggan ditahan dalam Ops Noda bersama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) lewat malam kelmarin.

Roslin berkata, premis didapati menjalankan perniagaan secara haram dan  tidak mempunyai lesen perniagaan sah daripada MPSJ

“Pengusaha didapati menawarkan tiga pakej berlainan kepada pelanggan termasuk aktiviti karaoke, minuman keras dan perempuan berpakaian seksi sebagai teman bersosial.

“Bayaran dikenakan antara RM150 hingga RM350 dan pihak kami mendapat maklumat mereka menjalankan perniagaan dari jam 8 malam hingga 5 pagi,” katanya.

Roslin berkata, pihaknya menolak kemungkinan berlaku aktiviti pelacuran di premis terbabit namun mengesyaki berlaku ‘tawar-menawar’ membawa wanita warga asing untuk menikmati layanan tambahan di tempat lain.

Katanya, hasil intipan sebelum ini mendapati wanita terbabit digunakan untuk berseronok dan berpelukan dengan pelanggan mereka.

“Kesemua ditahan termasuk dua penjaga akan disiasat di bawah Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1963,” katanya pelanggan juga di bawa ke IPD untuk diambil keterangan.

Sementara itu, semalam MPSJ diketuai Penolong Pengarah Penguatkuasa, Mazrul Zahar Mohamad mengambil tindakan menyita premis terbabit.


Sinar

29 August, 2012

0 Atuk cabul cucu ketika bersiar-siar

SABAK BERNAM - Seorang warga emas bakal berhadapan tindakan undang-undang setelah dipercayai cuba mencabul kehormatan cucu saudaranya yang berusia enam tahun, Ahad lalu.

Difahamkan, kejadian sekitar jam 11.30 pagi tersebut berlaku apabila suspek dipercayai membawa mangsa bersiar-siar di kawasan berhampiran dengan menaiki motosikal.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohd berkata, suspek kemudiannya berhenti di satu lokasi di kawasan kebun di Parit 7 Sungai Leman sebelum mengarahkan mangsa untuk membuka seluar dan kemudian meraba mangsa.

“Mangsa yang berada dalam keadaan ketakutan kemudian menangis dan merayu supaya suspek menghantarnya pulang ke rumah," katanya.

Menurutnya, suspek kemudian menghantar mangsa pulang semula ke rumahnya sekitar jam 12 tengah hari.

“Kira-kira jam 8 malam, bapa mangsa mendapati mangsa menangis dan selepas didesak, mangsa memberitahu kejadian sebenar.

"Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang oleh bapanya bagi menjalani pemeriksaan lanjut,” katanya bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besar.

Noor Mushar berkata, selepas menerima laporan, polis bertindak menahan suspek yang berusia lingkungan 68 tahun itu sekitar jam 2 pagi di kediamannya.

“Polis masih menjalankan siasatan dan suspek kini ditahan di bawah Seksyen 377E Kanun Keseksaan sementara siasatan dijalankan,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu beliau turut menasihatkan ibu bapa agar mengawasi pergerakan anak mereka agar kes sebegini dapat dielakkan pada masa hadapan.

"Ini juga sedikit sebanyak dapat membantu dan memudahkan polis dalam mengambil tindakan awal terhadap mana-mana pesalah undang-undang negara ini,” katanya.

10 August, 2012

0 Penternak lembu tergamak rogol gadis kurang siuman

ALOR GAJAH – Seorang penternak lembu tergamak merogol seorang gadis kurang siuman yang tinggal sekampung dengannya di sebuah kampung di daerah ini, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira 10 malam kelmarin apabila gadis malang berusia 28 tahun itu dikatakan keluar dari rumah kira-kira 10 malam.

Sumber berkata, gadis terbabit bagaimanapun ditemui merayau di dalam kawasan kampung berkenaan oleh anak saudaranya kira-kira sejam kemudian.

“Mangsa ditemui dalam keadaan kusut masai dan berjalan kaki kemudian dibawa pulang ke rumahnya, sebelum mangsa membongkar rahsia kepada keluarganya dia dirogol seorang lelaki dikenali di belakang rumahnya.

“Menurut mangsa, lelaki berusia awal 40-an itu yang merupakan penternak lembu telah merogolnya," katanya,

Sumber berkata, mangsa yang merupakan anak ketujuh dari sebelas beradik mengalami masalah mental sejak berusia 23 tahun dipercayai dirogol di dalam kawasan semak berhampiran kolam air panas di kampung berkenaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, lapan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka (IPK) pergi ke lokasi kejadian selepas menerima laporan berkaitan kejadian itu.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, seorang suspek lelaki disyaki cuba melarikan diri sebelum ditahan anggota polis di hadapan sebuah kandang lembu di kampung berkenaan kira-kira 11 pagi.

“Suspek ditahan dan dibawa ke IPK dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Sinar

08 August, 2012

0 Lelaki cuba perkosa isteri kawan baik sendiri

ALOR GAJAH - Hanya kerana sudah lama menyimpan perasaan, seorang lelaki tergamak cuba memperkosa isteri rakan baiknya sendiri.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa terselamat namun terpaksa menerima 38 jahitan di kepala dan patah jari telunjuk kiri kerana cuba mempertahankan diri selepas dipukul dengan cota.

Mangsa, P Anjalai, 27, berkata, ketika kejadian dia sedang tidur bersama anak bongsunya di dalam bilik.

Menurutnya, empat lagi anaknya, Yogeswaran, 9; Phavitra, 8; Thiviya, 5; dan Sutharshini, 4, tidur di ruang tamu.

"Rumah saya dimasuki lelaki terbabit selepas suami, P Thenagaran, 31, keluar bekerja.

"Anak-anak tidak menyedari kehadiran lelaki terbabit sehinggalah mereka mendengar jeritan saya," katanya.

Anjalai berkata, lelaki terbabit cuba menanggalkan pakaiannya tetapi dia berjaya melawan menyebabkan suspek berang dan memukul kepalanya bertalu-talu menggunakan sebatang kayu.


"Saya meraung menyebabkan anak bongsu terjaga dan menangis sambil memaut hujung kaki saya, menyebabkan lelaki terbabit semakin marah.

"Dia ambil anak bongsu saya dan hempasnya ke katil, malah anak sulung yang cuba membantu turut ditolak sehingga terjatuh ke lantai," katanya.

Menurutnya, dalam kesakitan dia berjaya juga menyalakan lampu bilik dan terkejut melihat lelaki terbabit adalah rakan suaminya.

"Dia terkejut kerana saya dapat lihat wajahnya dan segera minta maaf sebelum larikan diri. Dia kata sudah lama simpan perasaan terhadap saya," katanya yang segera menghubungi suaminya bagi memaklumkan kejadian berkenaan.

Sementara itu, Thenagaran yang bekerja sebagai kelindan lori membawa muatan kelapa sawit di Machap berkata, dia segera membawa isterinya mendapatkan rawatan di Hospital Alor Gajah sebelum dirujuk ke Hospital Melaka.

Menurutnya, dia berkawan baik dengan lelaki terbabit sejak tujuh tahun lalu dan tidak menyangka kejadian itu menimpa isterinya.

Berikutan kejadian itu, Thenagaran membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, kira-kira jam 6.45 pagi pada hari kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superitendan Abdul Rahman Jid berkata, seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan di rumahnya, tidak jauh dari lokasi kejadian pada hari yang sama.

“Semasa pemeriksaan, polis menemui sebatang kayu dipercayai cota patah yang ditinggalkan di rumah mangsa.

“Suspek direman empat hari sehingga 12 Ogos ini dan kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan merogol dan memukul,” katanya.

06 August, 2012

0 'Kawaq' masuk rumah masa tengah makan 'soq'

BENTONG - Sepasang suami isteri terpaksa bersahur dalam keadaan mencemaskan bila empat penyamun bersenjatakan parang memecah masuk rumah mereka di Kampung Plentong, Karak, dekat sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Aziz Salleh berkata dalam kejadian pada pukul 4.00 pagi itu, penyamun terbabit dipercayai memasuki rumah mangsa melalui pintu depan yang diumpil menggunakan pemutar skru.

"Suspek kemudiannya mengacukan parang ke arah mangsa, masing-masing berusia lingkungan 40-an, dan mengikat mereka.

"Selepas mengikat tangan mangsa, seorang daripada suspek mengawal mangsa manakala tiga lagi menggeledah rumah mereka sebelum mengambil wang tunai RM500, telefon bimbit serta barang kemas yang ditemui dalam almari di bilik tidur mangsa," kata Aziz ketika dihubungi.

Katanya, penyamun terbabit kemudian melarikan diri masuk dalam hutan berhampiran sebelum kedua-dua mangsa berjaya membuka ikatan.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Karak dan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bergegas ke tempat kejadian bersama Unit Anjing Pengesan (K-9).

Aziz berkata, selepas kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan kes berkenaan. - Bernama

Tatabahasa : Kawaq = perompak, Soq = sahur

02 August, 2012

0 Pomen didakwa kurung dan cabul remaja perempuan tingkatan tiga

KUALA LUMPUR: Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan mengurung dan mencabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, bulan lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Chan Hwa Chez, 40, yang memakai baju kemeja kelabu mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Suzarika Sahak.

Mengikut tuduhan pertama, dia didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan maksud mencabul kehormatan remaja itu dalam sebuah bilik di Dang Wangi, di sini, pada jam 10 pagi 7 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa menghalang dengan salah mangsa sama iaitu menahannya keluar dari had terlindung di tempat, masa dan hari sama.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Suzarika yang menetapkan 3 September depan untuk sebutan semula kes itu turut membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin.

- Hmetro

01 August, 2012

0 Nelayan lempias nafsu serakah ke atas anak kandung OKU

MUAR 27 Julai - Angkara melampiaskan nafsu serakah ke atas anak kandung yang merupakan orang kurang upaya (OKU) sehari sebelum kedatangan Ramadan, seorang nelayan berusia 53 tahun hari ini dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan 12 kali.

Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman tersebut setelah lelaki terbabit mengaku bersalah merogol dan meliwat anaknya berusia 24 tahun di sebuah rumah di Parit Tiram di sini pada pukul 9 pagi, 20 Julai lalu.

Bagi pertuduhan merogol, dia didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan.

Sementara bagi pertuduhan meliwat pula, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.

Hakim Mohd. Fauzi Mohd. Nasir menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan sebatan enam kali bagi setiap pertuduhan serta diperintahkan berjalan berasingan dari tarikh tangkap pada 20 Julai lalu.

Terdahulu, dalam rayuan sebelum hukuman dijatuhkan, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela memohon mahkamah tidak menjatuhkan hukuman sebat terhadapnya.

Timbalan Pendakwa Raya, Zairani Tugiran yang mengendalikan pendakwaan bagaimanapun memohon mahkamah mengenakan hukuman berat kerana perbuatan tertuduh terhadap anak kandungnya itu adalah tidak berperikemanusiaan dan menyerupai sifat binatang.

Zairani berkata, tertuduh sepatutnya melindungi anaknya dan bukan melakukan perbuatan terkutuk itu selain hukuman berat akan memberi pengajaran kepada orang awam supaya tidak melakukan perbuatan serupa.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, kakak mangsa melihat tertuduh membawa mangsa ke sebuah bilik dan dibaringkan di atas katil sebelum tertuduh mengambil minyak gamat lalu disapu pada kemaluannya.

Tertuduh kemudian merogol mangsa dan meliwatnya. Kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada ibunya sebelum satu laporan polis dibuat pada pukul 9 malam dan tertuduh ditangkap pukul 10.10 malam pada hari yang sama.

19 July, 2012

0 Sejadah gambar adegan s3ks beredar dimasjid-masjid tanpa diesedari

Subliminal message atau pesan bawah sadar merupakan signal atau pesan yang terdapat dalam media lain, yang dirancang untuk melewati di atas normal pikiran / presepsi manusia. 


Pesan itu sebenarnya tidak dapat disadari/ diketahui, namun dalam situasi tertentu dapat mempengaruhi pikiran, perilaku, tindakan, sikap, sistem kepercayaan dan sistemnilai secara positif maupun negatif. Istilah bawah sadar berarti “ beneath a limen “ (ambang indrawi). Subliminal berasal dari bahasa Latin, kata sub yang berarti di bawah, dan limen, yang berarti ambang (This is from the Latin words sub, meaning under, and limen, meaning theshold). 


 Lambang Kelamin di sajadah 

Nah sekarang, entah sengaja atau memang tidak tahu, ada gambar yang menampakkan pesan seks pada gambar Sajadah, karpet alas untuk sholat di masjid-masjid.  Sajadah sejenis ini sudah tersebar ke masjid-masjid, namun sayang masyarakat/ jama’ah masjid tidak menyadari bahwa karpet/sajadah yang mereka pakai tiap hari bergambar porno. 

Mungkin sepintas itu tidak terlihat jelas dan pastinya tidak menyadari bahwa sebenarnya gambar yang kita tahu adalah sebuah pintu ternyata kalau kita perhatikan dengan teliti akan menyerupai (maaf) seperti organ vital laki-laki. Coba perhatikan kembali gambar sajadah atau karpet masjid ! ini seperti sudah di desain sedemikian rapi oleh si pembuat di pabrik pembuat sajadah atau karpet masjid.

   


Lambang Masonic (freemason) Di Sajadah Sajadah. Ya sajadah yang kita gunakan setiap hari untuk mengalas tempat kita sholat. Di sini saya hanya mau memberitau gambar sejadah yang mempunyai unsur-unsur Masonic.


Berdasarkan dari gambar Master Carpet Freemason di atas, bisa kita ambil ciri-cirinya yaitu:


1. Lantai petak (Checkered Floor)
2. Bintang dan Bulan
3. 2 tiang yang juga dikenali sebagai Joachim dan Boaz


Perhatikan sajadah di atas, ia juga mempunyai 3 ciri yang saya nyatakan yaitu bintang dan bulan, lantai berpetak (checkered floor) dan 2 tiang.

GAOTU (Great Architect Of The Universe), All Seeing Eye dan tiang Joachim Boaz


Jika kita perhatikan sejadah di atas secara  teliti kita akan melihat 2 tiang yaitu tiang Joachim dan Boaz, All Seeing Eye dan GAOTU yang tergantung di antara 2 tiang. All Seeing eye bisa anda lihat di tengah antara 2 tiang. Coba anda bandingkan sajadah di atas dengan gambar di lodge Freemason di bawah.


Perhatikan GAOTU yang tergantung di logde Freemason di atas. Ada persamaan dengan gambar yang tergantung di sajadah di atas. Dan jika anda zoom  gambar di logde Freemason tersebut, anda akan melihat lambang bulan dan bintang di sisi jangka lukis. Ini membuktikan bahawa Masons menggunakan lambang ini sebagai salah satu lambang mereka dan lambang ini bukanlah lambang agama Islam yang suci ini.


Di sini saya akan men- zoom  gambar-gambar tersebut. Perhatikan lambang Bulan dan Bintang yang jelas kelihatan di sisi jangka lukis dan bandingkan GAOTU yang tergantung di sejadah dan di lodge.



Inilah rencana jahat Yahudi dan Nasrani yang banyak beredar di antara kita tanpa kita sadari. Walaupun dengan perkara sekecil ini, mereka tetap menjalankan rencana jahat mereka. Diharap kita semua lebih berhati-hati dan peka setelah ini dalam kehidupan sehari-hari.

Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) senang kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Islam).

18 July, 2012

0 Asyik mandikan pasangan berbogel ketika diserbu

PUCHONG – Keasyikan pengunjung dan tukang urut mandi berdua-duaan dalam keadaan berbogel sebelum ke babak melakukan seks di sebuah premis rumah urut di Bandar Puteri di sini terbantut selepas dicekup pihak berkuasa, dalam Ops Noda, lewat malam kelmarin.

Ketika serbuan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menyerbu premis terbabit, tukang urut didapati leka memandikan pelanggan masing-masing di atas katil dalam bilik air.

Tiga pasangan lain pula melakukan urutan badan ke badan (B2B) tanpa seurat benang.

Difahamkan, premis terletak di tingkat tiga bangunan tidak mempunyai papan tanda dan beroperasi antara jam 10 hingga 3 pagi itu menawarkan khidmat urutan B2B, mandi buih dan hubungan seks.

Beberapa kondom terpakai, minyak pelincir dan ratusan pil dipercayai bagi menguatkan stamina ketika melakukan hubungan seks turut ditemui ketika serbuan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, serbuan diketuai Pegawai D7, Inspektor Roslin Mohd Isa dan Ketua Polis Balai Puchong, Inspektor Hailmi Zil Azam Nordin menyerbu dua premis di One Puchong dan Bandar Puteri.




Menurutnya, 20 tukang urut masing-masing enam warga Vietnam, 10 warga Thailand dan empat warga China menggunakan pas lawatan sosial serta 12 pelanggan warga tempatan berusia antara 20 hingga 30-an dicekup.

Katanya, pengusaha rumah urut itu menawarkan pakej istimewa kepada pelanggan dengan memberikan khidmat percuma selepas 10 kali berkunjung ke premis itu.

“Setiap tukang urut dipercayai mampu melayan hampir 10 pelanggan berdasarkan kad kerja diperiksa,” katanya.

17 July, 2012

0 (Gambar) Aksi 18 SX, Gadis bertudung bercumbuan macam lesbian

Apa nak jadi ni beb..? Gua betul-betul tak sangka perkara macam ni boleh berlaku dalam masyarakat kita.. Sesungguhnya dorang yang melakukan perbuatan ni memang berani..

Korang jangat terkejut kalau tengok gambar selanjutnya dibawah.. Ini realiti yang harus kita sama-sama terima....

Apa lagi gua nak kata.. Gua cuma mampu dedahkan perkara ni kepada umum sebagai peringatan bahawa benda-benda macam ni memang wujud di akhir zaman...

Sapa yang nak kita salahkan..? Mak bapak..? Pemimpin..? Atau kita sendiri sebagai saudara seagama..?

Apapun.., gua nasihatkan kepada semua remaja diluar sana agar tak ikut jejak langkah bodoh dorang didalam kes ni...

Tolak LGBT !!! Selamatkan generasi kita dari keruntuhan moral para politikus rakus yang gila nak jadi Perdana Menteri!!





Sumber

16 July, 2012

0 Kejam! Wanita dinoda, dibunuh dan dicampak

Sekadar Hiasan
KUALA LUMPUR – Siasatan polis berhubung pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemui dengan seluar terlondeh berhampiran pagar sebuah stor menyimpan besi di Kawasan Perindustrian Sungai Dua, Rawang, 5 Julai lalu mendapati dia telah dirogol oleh empat lelaki sebelum dibunuh dan dicampak.

Sumber memberitahu, cara pembunuhan kejam terhadap E. Valley, 25, itu diketahui polis selepas pihak berkuasa itu menahan seorang lelaki berusia 21 tahun yang turut terlibat merogol mangsa yang sedang hamil anak lelaki berusia lima bulan ketika itu.

Katanya, selepas merogol, suspek telah menjerut leher wanita itu menggunakan tali pinggang milik mangsa sebelum mayatnya dibuang dalam keadaan memalukan di dalam semak dekat kilang berkenaan.




“Suspek ditahan di sekitar kawasan Rawang pada pukul 5 petang sehari selepas kejadian hasil daripada petunjuk yang kita perolehi ketika memeriksa tempat penemuan mayat.

“Soal siasat mendapati suspek bersama tiga lagi rakannya bergelar Boy, Jahat dan Botak bertindak merogol mangsa sebelum membunuhnya. Susulan itu, kita kemudian menahan pula Jahat, 34, pada pukul 12 tengah hari Khamis lalu,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Sumber : Kosmo

15 July, 2012

0 (Video) Pak Lebai pakai kopiah, kantoi dengan mencuri dalam kedai

Apalah yang difikirkan oleh Pak Lebai ini...

Mujurlah pekerja kedai itu nampaknya masih lagi bertimbangrasa dengan orang tua berkenaan, dengan hanya meminta orang tua tersebut kembalikan barang yang dicurinya.

Kalau budak-budak muda, mampus kena belasah dah ni..




14 July, 2012

0 Pelajar dicekup serumah dengan duda

AMPANG - Helah seorang lelaki mengaku sudah berkahwin dengan kekasihnya, seorang penuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) kepada pemilik kediaman disewanya, terbongkar selepas pasangan itu dicekup bersedudukan awal pagi, semalam.

Duda berusia 35 tahun itu didakwa menipu pemilik rumah tersebut dengan menyatakan dia sudah berkahwin, namun sebenarnya dia tinggal bersama teman wanitanya berusia 21 tahun di bilik sewa rumah berkenaan sejak  seminggu lalu.

Pasangan itu dicekup kerana disyaki berkhalwat di rumah berkenaan pada jam 2.30 pagi oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuainya memeriksa kediaman berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita memakai baju serta berseluar pendek sedang berselimut di atas tilam dalam bilik berkenaan,” katanya.

Pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Balai Daerah Ampang untuk dibuat laporan tangkapan sebelum siasatan lanjut.

13 July, 2012

0 Awas mandi dihotel, berhati-hati dengan kamera tersembunyi dalam bilik air!

Berhati-hati apabila anda menginap di hotel,kerana pada zaman serba canggih ini berbagai bentuk kamera tersembunyi tersedia untuk merakam aktiviti anda.Pastikan bilik hotel yang disewa bebas dari peralatan sebegini,terutamanya kepada kaum wanita.

CONTOH KAMERA TERSEMBUNYI YANG PALING ORANG TAK TAU:


Kamera berbentuk suis lampu


Kamera dengan perakam video digital berbentuk pengesan asap (Smoke Detector Hidden Camera With DVR)

Kecuaian anda dalam memastikan suasana yang bebas dari anasir skodeng ini akan meyebabkan aktiviti anda dalam bilik hotel mungkin tersebar ke seluruh dunia dengan teknologi yang ada sekarang. Jadi berhati-hatilah selalu...

12 July, 2012

0 Padah simpan video lucah dalam telefon bimbit

Mohd Azam mengaku salah menyimpan 13 rakaman lucah di dalam telefon bimbit miliknya di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam
KUALA TERENGGANU - Hobi bawa padah, itulah yang boleh digambarkan kepada seorang pemandu lori yang memiliki tabiat buruk menyimpan pelbagai koleksi rakaman video lucah di dalam telefon bimbit miliknya.

Bagaimanapun, tabiat tidak bermoral bapa kepada seorang anak ini membawa padah apabila dikenakan denda RM1,500 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Azam Manap @ Awang, 32, dari Pekan Sari, Tepoh, di sini, mengaku salah terhadap pertuduhan memiliki bahan lucah.

Mohd Azam mengaku memiliki 13 rakaman video lucah yang disimpan di dalam telefon jenama Nokia model 7610 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu kira-kira jam 4.15 pagi, 31 Julai 2008.

Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming manakala Mohd Azam tidak diwakili peguam. Berdasarkan fakta kes, pemeriksaan lanjut polis terhadap badan Mohd Azam yang ditahan di Pejabat BSJIPD Kuala Terengganu telah menemui sebuah telefon bimbit.

Pemeriksaan lanjut terhadap telefon bimbit berkenaan, polis menemui 13 rakaman video lucah. Sebelum ini, Mohd Azam yang dibebaskan dengan jaminan gagal menghadirkan diri ke mahkamah pada tarikh yang diberikan sebelum satu perintah waran tangkap dikeluarkan bagi menahannya.

Terdahulu, Mohd Azam dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman terhadapnya atas alasan sudah insaf dan tidak lagi melakukan perbuatan sama. Dia turut memohon mahkamah tidak mengenakan hukuman penjara atas alasan perlu menjaga seorang anak yang masih bersekolah.


0 Staf dakwa dicabul doktor miang!

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu klinik membuat aduan polis selepas mendakwa dicabul dan diganggu secara seksual oleh majikannya, seorang doktor klinik swasta, kelmarin.

Mangsa berusia 22 tahun mendakwa kali terakhir majikannya berusia 40-an mencabul dan melakukan gangguan seksual terhadapnya pada jam 7 petang kelmarin menyebabkannya nekad membuat aduan di Balai Polis Cheras, di sini.

Mangsa mendakwa dicabul ketika dia membantu suspek merawat seorang pesakit di bilik rawatan klinik berkenaan.




Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan berkata, siasatan lanjut masih dilakukan.

0 Wanita tawar khidmat s*ks laung 'Allahuakbar' ketika ditahan

PELABUHAN KLANG: Seorang wanita warga Indonesia menjerit sambil melaungkan ‘Allahuakbar’ selepas ditahan Jabatan Imigresen dalam Ops 6P di sebuah spa dalam hotel di Persiaran Raja Muda Musa, di sini, semalam.

Wanita berusia 24 tahun itu antara 30 warga asing termasuk enam lelaki warga Myanmar ditahan dalam operasi diketuai Penolong Pengarah Imigresen Pelabuhan Klang, Tarmizi Talib Ali, jam 3.30 petang.

Turut ditahan dua lelaki tempatan berusia 55 dan 52 tahun dipercayai penjaga premis berkenaan. Selain wanita terbabit, seorang lagi wanita warga Indonesia berusia 24 tahun pengsan dalam lori Jabatan Imigresen kerana terlalu takut selepas ditahan.

Timbalan Pengarah Imigresen Selangor, Azrul Izham Hamzah berkata, operasi itu menahan 18 warga Indonesia, China (enam) dan enam warga Myanmar berusia 22 hingga 30 tahun.

“Semua wanita terbabit bekerja sebagai tukang urut di spa hotel berkenaan dan disyaki menawarkan khidmat seks manakala enam lelaki itu pula bekerja sebagai penjaga spa berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Azrul berkata, spa terbabit mengenakan caj RM68 sejam untuk satu sesi urutan selain menyediakan khidmat seks pakej berharga RM188, RM480 dan RM600 bergantung kepada usia dan rupa paras wanita itu. Beliau berkata, pihaknya membuat intipan selama seminggu di premis itu selain mendapat maklumat awam.

“Jika dilihat kepada kehidupan mereka, kami percaya mereka mangsa sindiket pemerdagangan orang kerana hidup berkurung dan diawasi setiap masa dan penjaga tidak membenarkan mereka tinggal di luar.

“Mereka hidup dalam keadaan bersesak berikutan ditempatkan beramai-ramai di dua bilik hotel yang dijadikan rumah mereka,” katanya Azrul berkata, dua lelaki tempatan itu disiasat mengikut Seksyen 13, Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Pindaan 2010).

Semua warga asing itu disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

posted from Bloggeroid

11 July, 2012

0 Warden asrama gila seks cabul penghuni perempuan anak-anak yatim!

KUALA NERANG - Susulan laporan mengenai dakwaan penghuni sebuah asrama anak-anak yatim dan miskin dicabul oleh warden, timbul desakan agar pihak pengurusan asrama segera menggantikan kakitangan itu dengan orang lain.

Salah seorang penghuni asrama berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Liya (bukan nama sebenar, ketika ditemui Sinar Harian semalam, berkongsi pengalamannya sepanjang menjadi penghuni di asrama berkenaan.

Menurutnya, warden berkenaan mula bertugas di situ menggantikan warden sebelumnya, sekitar tahun 2007. Sikap warden yang hanya digelar ‘pakcik’ itu sudah mula menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan penghuni asrama berkenaan.

“Mana tidaknya, pakcik dan keluarganya tinggal berhampiran asrama kami namun tugas pakcik lebih kepada menjaga penghuni puteri manakala tugas isterinya, makcik pula menjaga penghuni lelaki.

“Saya sendiri pelik kenapa tidak makcik sahaja yang menjaga penghuni puteri, sudah tentu kami lebih berasa selesa.




Namun tiada tempat untuk kami mengadu mengenai perkara itu, apatah lagi apabila pihak pengurusan dilihat asyik menyokong pakcik,” katanya.

Liya berkata, berikutan keadaan tidak selesa yang mulai membelenggu mereka, masing-masing berbincang sesama sendiri dari saling mengingatkan agar tidak pergi ke mana-mana, khususnya pada waktu malam secara bersendirian.

“Sebelum timbul kes cabul ini lagi, banyak perkara yang kurang menyenangkan berlaku antaranya tindakan pakcik masuk ke bilik air puteri dengan membawa rotan ketika kami sedang mandi pada waktu siang.

“Sebab itu, saya dan penghuni lain di asrama itu berharap sangat agar warden dapat ditukar. Kami selesa dan gembira tinggal di situ, malah dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran namun kehadiran warden ini memang membuatkan kami berasa tidak selesa,” katanya.

Sementara itu, Liya turut mendakwa menyaksikan kelakuan pakcik yang bertindak memeluk dan mencium salah seorang penghuni puteri di asrama itu.

Selain pengakuan daripada Liya, seorang lagi penghuni rumah berkenaan, berusia lingkungan 16 tahun, turut tampil membuat satu laporan polis di Balai Polis Kuala Nerang mengenai satu lagi kes cabul.

Mengikut laporan polis yang dibuat kira-kira jam 12.25 tengah hari, 2 Julai lalu, penghuni terbabit mengaku pernah dicabul ketika berusia 11 tahun.

“Saya dipeluk tanpa kerelaan. Kawan-kawan saya juga ada yang kena. Malah kami pernah dimarahinya (warden) dengan kata-kata lucah apabila mengadu kepada orang kampung bahawa dia suka menghendap dan mencabul penghuni puteri.

“Laporan ini saya buat agar polis dapat mengambil tindakan tegas terhadapnya,” katanya.

0 Terpujuk janji manis...gadis Melayu hamil anak negro

Terpedaya dengan janji manis Awang Hitam, seorang kerani sanggup menyerahkan mahkota wanitanya dan kini ditinggalkan selepas didapati sudah berbadan dua.

Difahamkan, wanita berusia 30 tahun itu mengenali teman lelakinya yang juga warga Nigeria melalui laman sembang sosial sejak Januari lalu sebelum perkenalan mereka bertukar kepada hubungan cinta.

Sumber polis berkata, wanita itu pada mulanya kurang percaya dengan kata-kata lelaki terbabit, namun selepas berjanji dan dipujuk untuk berkahwin selain mengaku tidak mempunyai teman wanita, mangsa menjadi ‘layu’ dan termakan kata-kata lelaki itu.

“Mangsa mengenali teman lelakinya itu sejak Januari lalu, sebelum melakukan hubungan seks lebih 10 kali di rumah mangsa dan juga di rumah lelaki itu.

“Lelaki berkenaan bukan saja meminta mangsa mengadakan hubungan seks dengannya pada waktu biasa malah juga ketika datang haid,” katanya.



0 Gadis trauma lelaki buka zip seluar tunjuk 'anunya'

ARAU: Seorang gadis yang bekerja di sebuah kedai runcit 24 jam, trauma selepas mendakwa diserang secara seksual oleh seorang lelaki yang tiba-tiba menunjukkan kemaluannya dalam kedai berkenaan di Jejawi, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa yang juga juruwang tidak mengesyaki apa-apa ketika lelaki itu masuk kedai.

Selepas mengambil beberapa barangan dan membayarnya di kaunter, suspek yang berusia 30-an membuka zip seluarnya sebelum menunjukkan kemaluannya kepada gadis berkenaan.

Sumber berkata, mangsa berusia 20-an berkenaan yang bekerja seorang diri terkejut dengan tindakan lelaki terbabit lalu menjerit.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, selepas kejadian itu, suspek beredar dari kedai sambil tersenyum.

“Aksi suspek dirakam kamera litar tertutup (CCTV) kedai berkenaan dan wajah suspek dicam mangsa,” katanya.



About

 

Anak-Anak Jati Pulau Pinang Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates