Blogger news

Showing posts with label Ragam. Show all posts
Showing posts with label Ragam. Show all posts

03 October, 2012

0 Pasangan lakukan hubungan seks tanpa segan di dalam kelas

Apa nak jadi sekarang ni, macam mana boleh dua ekor binatang tak malu ni boleh masuk ke kelas? Takkan la tak tutup pintu, hishh! 

Memang memalukan betul!

Kami rasa, dua ekor binatang tak tahu malu ini mahu mengikuti kelas biologi, mengetahui lebih banyak hal-hal jasad tubuh...apa kata anda?

p/s: Manusia diciptakan dengan sebaik-baik kejadian dimana diberikan akal untuk berfikir manakala haiwan tak reti berfikir, namun dizaman milinium yang serba canggih ni… ramai pulak manusia yang tanpa segan silu tega berkelakuan sumbang dikhalayak ramai.

Sumber: Bestoneoffour

0 Khinzir makan tuannya sendiri

OREGON (Amerika Syarikat) : Satu siasatan dilancarkan selepas seorang petani dipercayai mati dimakan oleh babi peliharaannya.

Terry Garner, 69, tidak pulang selepas memberi makan haiwan yang kelaparan itu di ladangnya di Oregon.

Seorang anggota keluarga kemudian menemui cebisan anggota tubuh dan giginya selepas babi itu memakan sebahagian besar mayat petani terbabit.

Pendakwa raya, Paul Frasier berkata, berat sebahagian babi itu melebihi 318 kilogram.

Siasatan dilancarkan untuk memastikan kematian Garner kerana laporan patologi tidak lengkap.

Frasier memberitahu akhbar The Register-Guard: “Apa yang kami tahu, ia kemalangan ngeri. Tetapi kami perlu melihat pada semua kemungkinan.” Adik petani itu, Michael, berkata, Garner pernah dibaham seekor babi betina yang besar selepas dia terpijak seekor anak binatang itu. - Agensi

13 August, 2012

0 [Gambar] Bikini Katy Perry hampir terlondeh hingga ternampak punggungnya!

Penyanyi terkenal, Katy Perry hampir terlondeh keseluruhan bikininya di Taman Air Raging Water di San Dimas ketika berseronok bermandi manda di sana.

Tiada seiapa pun sempat berlari untuk menutup punggungnya yang terdedah setelah dipunggul ombak ketika baru keluar dari kolam tersebut.

Bikini atasnya juga hampir terlondeh, mujur diikat dengan baik, jika tidak, pastinya pengunjung-pengujung di taman tema air itu dapat melihat semua aset Kate Perry.

[Iklan: Hari Raya semakin dekat – sampaikan la mesej #UEratkanLagi dan minta maaf zahir batin ]
[Iklan: Ingin memenangi tablet? Mudah jer. Like #PPZ dan meninggalkan komen positif untuk merebut peluang ini!]



0 Gadis 10 Tahun Dirogol, Ditanam Hidup-Hidup Bangkit Dari Kubur Berlaku Di Filipina

Gambar hiasan
Mungkin inilah yang disebut keajaiban Tuhan pada orang yang teraniaya. Kejadian yang menimpa gadis 10 tahun yang diperkosa dan ditanam hidup-hidup oleh sepupunya yang berusia 21 tahun akhirnya bangkit kembali dari kuburnya. Ia keluar dari kubur yang tak terlalu dalam, lalu kembali ke rumah orang tuanya dan melaporkan kejahatan itu kepada pihak berwajib.

Kejadian ini berlaku di kampung terpencil di Kota Magpet, Cotabato Utara, Filipina, Rabu, 5 Oktober 2011. Menurut Ketua Polis Magpet Inspektor Polis Roberto Ocumen, awalnya pelaku yang bekerja sebagai petani mengajak berbual korban di luar rumah.

Pelaku yang diketahui bernama Dennis Quilaton ternyata memendam berahi terhadap sepupunya itu. Tak lama berbincang, Dennis memukul korban dengan benda keras. Dalam keadaan tak sedar, tubuh kecil itu diseret ke rumput dan pelaku pun memperkosanya.

“Pemerkosa lalu menguburnya di tanah yang tidak terlalu dangkal dan menutupi dengan daun pisang,” ujar Ocumen dalam incuirer.ner. Merasa sudah cukup selamat untuk menghilangkan jejak maka pelakupun akan meninggalkan lokasi dengan tenang tanpa punya fikiran apa-apa. Namun Tuhan Maha Penolong hambaNya yang teraniaya, tanpa diketahui pelaku sang gadis ternyata masih sedar. Ia tertatih-tatih merangkak ke permukaan tanah. Pihak polis belum tahu berapa lama budak perempuan ini berlangsung di dalam tanah.

Akhirnya, budak ini bertemu jiran yang kemudian menghantarnya kembali ke rumah dan menemui orang tuanya. Peristiwa seseorang bangkit dari kubur pernah terjadi di Indonesia meski dalam kes yang berbeza seperti di postingan beberapa waktu silam. Warga Desa Bujel, Kediri, Jawa Timur, geger pada Khamis, 21 April 2011 malam. Seorang lelaki berusia 76 tahun yang dikira sudah meninggal dan dikubur warga, pulang ke rumah. Mat Ikhsan, datuk itu pulang berjalan kaki dengan mengenakan kemeja batik lengan panjang dan seluar pendek.

Keluarga dan jiran Mat Ikhsan yang sedang nongkrong tiba-tiba terkejut. Pasalnya, Mat Ikhsan telah dikuburkan satu bulan lalu di perkuburan desa tempatan. Sebelumnya, keluarga dan warga meyakini jenazah Ikhsan ditemui di Lereng Gunung Klotok dengan keadaan mengenaskan. Polisi bahkan menduga datuk yang berprofesi sebagai carian pasir itu sebagai korban pembunuhan. “Kami menguburnya jam 19.00 WIB setelah diambil dari rumah sakit,”

2dayblogger

03 August, 2012

0 Kaki raba payudara dalam lif dicekup

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sikap keji seorang lelaki mengambil kesempatan terhadap jiran perempuannya dengan menyentuh buah dada mereka ketika berada dalam lif, membawa padah apabila dia ditahan kelmarin, selepas mangsa terbarunya membuat laporan polis.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, remaja perempuan berusia 18 tahun yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat Raya Permai, Sungai Besi di sini, menaiki lif bersama beberapa penduduk lain.

Ketika dalam lif, dia ternampak seorang lelaki, juga tinggal di kawasan perumahan itu yang sering melakukan perbuatan kurang sopan terhadapnya serta mengambil kesempatan terhadap wanita ketika berada dalam lif.

Menurutnya, mangsa mendapat tahu daripada jiran lelaki itu bersikap keji bergesel dengan perempuan sebelum menyentuh buah dada mereka.




“Seperti biasa, mangsa menjauhkan diri namun lelaki berkenaan menunggu semua orang keluar dari lif sebelum menghalang mangsa menyebabkan mereka bergesel ketika remaja itu hendak keluar dari lif.

“Peluang berkenaan digunakan lelaki itu untuk meraba buah dada mangsa sebelum mentertawakannya. Mangsa yang hilang sabar dengan tindakan lelaki itu membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi,” katanya.

Susulan laporan itu, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Seksual dan Penderaan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menahan suspek berusia 35 tahun itu di rumahnya kelmarin.

Harian Metro

0 (Video) Ikan paus 10 tan terdampar di Kuala Penyu

TERDAMPAR...ikan paus ditemui tersadai di pesisir pantai berhampiran Kampung Binturu, Kuala Penyu
KUALA PENYU: Usaha beberapa agensi kerajaan dengan kerjasama penduduk kampung gagal menyelamatkan nyawa seekor ikan paus seberat lebih 10 tan yang terperangkap dalam kawasan air cetek di muara Sungai Sitompak, dekat sini, kira-kira 200 meter dari sebuah limbungan kapal, semalam.

Penguasa Perikanan Daerah Kuala Penyu, Julin Bagang berkata, paus sepanjang kira-kira 17 meter spesies Balen itu ditemui pekerja Taman Pulau Tiga yang kebetulan melalui lokasi berkenaan untuk ke Pulau Tiga, kira-kira jam 9 pagi semalam, sebelum memaklumkan kepada pihaknya.




Menurutnya, spesies paus itu dikenal pasti selepas pihaknya merujuk kepada seorang pensyarah di Universiti Malaysia Terengganu.

“Kami sudah merujuk kepada pakar dan berdasarkan kriterianya, dipercayai ikan paus ini adalah spesies Balen,” katanya.

Julin berkata, paus itu mati kira-kira jam 8 malam tadi selepas pihaknya mendapati tiada sebarang reaksi daripada mamalia itu.

24 July, 2012

0 Ikan gergasi gemparkan penduduk Kampung Lubuk Pedati

BALING - Penduduk setempat di kawasan Kampung Lubuk Pedati kecoh setelah menjumpai ikan gergasi iaitu jenis arapaima sepanjang 1.5 meter yang terdampar di dalam sungai berdekatan kampung itu kira-kira jam 1.30 petang, kelmarin.

Ikan air tawar terbesar di dunia itu dijumpai berdeka-tan tebing sungai sebelum ia dikerumuni penduduk kampung yang melalui kawasan sungai itu.

Kebanyakan penduduk kampung terkejut kerana pertama kali melihat ikan bersaiz luar biasa itu terdampar di dalam sungai tersebut.

Penduduk, Nizam Hussin, 48, berkata, kemungkinan ikan gergasi sering dijumpai di Sungai Amazon itu dibuang oleh pihak tertentu sebelum hanyut ke kawasan perkampungan penduduk.

“Siapa yang tidak terkejut melihat ikan bersaiz gergasi di dalam sungai ini. Lagipun, penduduk tidak pernah terserempak dengan ikan ini sebelum ini. Disebabkan itu, ada kalangan penduduk yang terkejut,” katanya.

Katanya, memang ada penduduk yang memelihara ikan itu sebelum ini, tetapi tidak pasti ikan yang terdampar berkenaan adalah miliknya ataupun tidak.

“Selain itu, ada juga yang pihak yang mengatakan ikan berkenaan terlepas  dan mati di dalam sungai ini semasa banjir di Baling baru-baru ini,” katanya.

Menurutnya, walaupun apa pun, ikan seperti itu tidak seharusnya dibuang begitu sahaja ke dalam sungai kerana ia boleh  mengakibatkan pencemaran bau.

“Saya yakin ikan ini telah mati beberapa hari lalu be-rikutan baunya yang busuk,” katanya.




Ikan yang mampu mencecah berat sehingga 200 kilogram ini antara yang semakin diancam kepupusan beriku-tan nilai harganya yang tinggi di pasaran gelap.

Keadaan mengakibatkan kerajaan seperti Brazil mengharamkan penangkapan ikan tersebut secara komersial bagi mengelakkan kepupusan ikan unik itu.

20 July, 2012

0 Baju dalam a.ka. Bra a.k.a Coli sudah wujud 600 tahun yang lalu

Universiti Innsbruck mempamerkan coli dan
seluar dalam Zaman Pertengahan yang ditemui pada 2008.
Arkeologi temui pakaian dalam Zaman Pertengahan

Vienna: Sejarah pakaian dalam wanita nampaknya terpaksa ditulis semula apabila kajian mendapati wanita sebenarnya sudah memakai coli sejak 600 tahun dulu.

Penemuan mengejutkan

Kenyataan Universiti Innsbruck kelmarin berkata, pakar arkeologi menemui empat coli linen Zaman Pertengahan di istana Austria. Pakar fesyen menyifatkan penemuan itu memeranjatkan kerana coli disangka hanya digunakan 100 tahun dulu apabila wanita meminggirkan korset ketat.

Sebaliknya, coli mula muncul diikuti korset, disusuli coli yang dihasilkan semula.

Satu daripadanya kelihatan seperti pakaian dalam moden, kata kurator fesyen bagi Muzium London, Hilary Davidson, sambil menambah ia penemuan mengagumkan.

Walaupun pakaian dalam linen itu digali pada 2008, ia tidak menjadi berita sehingga sekarang, kata pakar arkeologi yang bertanggungjawab menemuinya, Beatrix Nutz.

Beliau menyampaikan syarahan mengenai penemuan itu tahun lalu, tetapi maklumat cuma untuk pakar akademik sehingga disiarkan Majalah Sejarah Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

“Kami tidak percaya. Tiada pakaian seperti coli pada abad ke-15,” katanya dalam panggilan telefon dari bandar raya Tyrolean di Innsbruck.

Universiti berkenaan berkata, empat coli terbabit adalah antara lebih 2,700 serpihan tekstil, sebahagiannya linen, yang lain linen dicampur kapas, ditemui bercampur dengan kotoran, kayu, penyedut dan serpihan kulit.

“Empat tekstil linen menyamai coli zaman moden dengan satu daripadanya kelihatan seperti versi hari ini dengan dua tali untuk disangkut di bahu dan tali belakang,” katanya.




Pakaian dalam berkenaan bukan sekadar berfungsi sebaliknya dihiasi dengan renda dan hiasan lain, dipercayai bagi memuaskan pemakai.

Ketika lukisan zaman itu menunjukkan pakaian luar, ia tidak mendedahkan apa yang dipakai wanita di dalam. Davidson, menggambarkan penemuan itu sebagai sejenis kaitan yang hilang dalam sejarah pakaian dalam wanita. - AP

Admin : Coli pun ada kajian...macam kalau SUSU ni yang tak bercoli pulak? Hangpa mau ka?

16 July, 2012

0 Serangga terbang di sangkakan UFO

BEIJING - Penduduk di Heilongjiang, kelmarin gempar selepas mendakwa mereka terlihat kelibat objek terbang tidak dapat dikenal pasti (UFO) dalam insiden kali kedua di wilayah timur laut China itu.

Kejadian tersebut turut disaksikan dua pekerja pemprosesanpasir di Harbin.

Mereka mendakwa objek terbang berwarna hitam itu seperti helang dan saiznya adalah lebih besar daripada pesawat.

"Ia berlegar-legar selama seminit pada jarak 500 hingga 1,000 meter dari permukaan tanah," menurut saksi, Zhang Wei.

Sementara itu, akhbar China Daily melaporkan Zhang Wei tidak dapat memastikan sama ada ia adalah objek misteri yang sama dilihat di Taman Hutan Gunung Phoenix pada minggu lalu yang terletak kira-kira 200 kilometer dari kilang pasir tersebut.




Pengurus Taman Hutan Gunung Phoenix, Kang Tai berkata, pihaknya sering kali menerima laporan mengenai kewujudan UFO di kawasan taman itu sejak 18 tahun lalu.

Namun, kurator di Planetarium Beijing yang membuat penyelidikan mengenai UFO mendakwa, objek itu sebenarnya adalah serangga.

"Imej menunjukkan ia adalah spesies serangga kerana mempunyai sayap. Objek itu kelihatan terang berikutan pancaran lampu kilat kamera," jelasnya.

15 July, 2012

0 (Video) Pak Lebai pakai kopiah, kantoi dengan mencuri dalam kedai

Apalah yang difikirkan oleh Pak Lebai ini...

Mujurlah pekerja kedai itu nampaknya masih lagi bertimbangrasa dengan orang tua berkenaan, dengan hanya meminta orang tua tersebut kembalikan barang yang dicurinya.

Kalau budak-budak muda, mampus kena belasah dah ni..




11 July, 2012

0 Gadis hamil selepas berenang dalam kolam renang

WARSAW – Seorang wanita Poland bertindak menyaman sebuah hotel di Mesir setelah mendakwa anak gadisnya hamil selepas menggunakan kolam renang di hotel berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu, Magdalena Kwiatkowska meminta ganti rugi kerana anak perempuannya yang berumur 13 tahun hamil akibat sperma yang berkeliaran dalam kolam renang.

“Ibu remaja itu yakin anaknya tidak mengadakan hubungan seks dengan lelaki ketika berada di Mesir.

“Dia bertekad untuk meneruskan saman tersebut,” kata satu sumber industri pelancongan.

Pihak berkuasa pelancongan di Warsaw, Poland mengesahkan menerima aduan ganjil itu.

– Agensi








1 Rakaman adegan seks askar Australia melalui Skype terbongkar

SYDNEY 10 Julai - Satu laporan yang mencemarkan imej tentera Australia, hari ini mendedahkan secara terperinci 24 dakwaan rogol yang tidak pernah dibicarakan sebelum ini, yang disifatkan oleh Menteri Pertahanan, Stephen Smith akan 'mengejutkan' orang ramai.

Pendedahan laporan itu diarahkan oleh kerajaan pada tahun lalu berikutan skandal 'Skype' berhubung rakaman adegan seks seorang rekrut lelaki bersama rakan wanita sekelas yang disiarkan di Internet dan ditonton pelajar dari bilik lain.

Beberapa dakwaan telah didedahkan menerusi media sebelum ini, namun Smith hari ini mendedahkan keseluruhan 1,500 halaman dokumen yang memperincikan 847 dakwaan seks dan gangguan seksual yang berlaku sejak 1950-an.

''Ia telah membangkitkan satu dakwaan yang serius dan sensitif yang akan mengejutkan banyak pihak,'' kata Smith dalam laporan itu.

Begitu juga dakwaan rogol, dari 1950 hingga 1980-an, kebanyakannya membabitkan kanak-kanak lelaki berusia 13, 14, 15 dan 16 tahun dalam bidang ketenteraan yang menderita akibat penderaan seksual dan fizikal.

Pada 1960-an, remaja lelaki berusia 13 tahun telah dipilih menjadi rekrut tentera laut dan pada ketika umur mereka mencecah 15 tahun, mereka diterima menyertai ketiga-tiga perkhidmatan sehingga awal 1980-an, walaupun umur minimum untuk menyertai tentera adaalah 17 tahun.

Laporan itu menjelaskan bahawa agak jelas ramai wanita muda dalam bidang pertahanan menjadi mangsa seksual dan serangan fizikal serta penderaan serius yang lain.




Laporan itu mencadangkan bahawa fidofilia pada zaman dahulu menyertai tentera bagi mendapatkan akses kepada orang muda dalam cara sama mereka menghampiri rumah anak yatim, sekolah dan gereja.

Menurut laporan itu lagi, beberapa orang yang dituduh kini memegang jawatan tertinggi dan mangsa tidak pernah melaporkan kejadian tersebut kerana khuatir tiada orang yang mahu mempercayai mereka.

Kerajaan masih belum dapat mencari mekanisme bagi menangani masalah itu, namun dicadangkan supaya inkuiri umum penuh diadakan.

''Kita tidak lama lagi akan membuat rumusan akhir mengenai perkara ini,'' kata Smith. - AFP

0 Gadis trauma lelaki buka zip seluar tunjuk 'anunya'

ARAU: Seorang gadis yang bekerja di sebuah kedai runcit 24 jam, trauma selepas mendakwa diserang secara seksual oleh seorang lelaki yang tiba-tiba menunjukkan kemaluannya dalam kedai berkenaan di Jejawi, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa yang juga juruwang tidak mengesyaki apa-apa ketika lelaki itu masuk kedai.

Selepas mengambil beberapa barangan dan membayarnya di kaunter, suspek yang berusia 30-an membuka zip seluarnya sebelum menunjukkan kemaluannya kepada gadis berkenaan.

Sumber berkata, mangsa berusia 20-an berkenaan yang bekerja seorang diri terkejut dengan tindakan lelaki terbabit lalu menjerit.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, selepas kejadian itu, suspek beredar dari kedai sambil tersenyum.

“Aksi suspek dirakam kamera litar tertutup (CCTV) kedai berkenaan dan wajah suspek dicam mangsa,” katanya.



10 July, 2012

1 Awek selamba seluk dalam seluar teman lelaki di khalayak!

Awek ni buat apa tuh? Seluk poket seluar ke? Apasal termasuk sampai ke dalam sangat tuh?

Ish! Buat malu kat orang sungguh la...nak raba-raba pun pi la cari tempat lain, ini tempat orang lalu lalang, selamba dia raba bontot boifren...

Boifren 'gatal' bontot ka?

p/s : Aksi Justin Bieber 'tak bleh blah' pun ada SINI!!! @ #WorldStageMY!





06 July, 2012

0 Akak ni makan KFC sampai tercabut tali bra

Amboi akak! Asyik sungguh makan KFC sampai tertanggal tali baju dalam pun tak sedar! Pedas sangat ka akak? Hangat?

Akak oii....cover-cover la sikit, buat malu orang kampung ni!

Hadoih!





02 July, 2012

0 Cermin dua hala, wanita wajib berhati-hati!

Banyak kes dimana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita atau di toilet wanita, terkadang kelakuan nakal oknum disitu tanpa sepengetahuan pemilik atau pengelola toko/mall/resto/hotel/salon/spa.

Sangat sulit mengidentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Bagaimana untuk mengetahuinya dengan pasti apakah cermin itu adalah CERMIN BIASA atau CERMIN 2 ARAH?

Lakukan saja ujian dengan menggunakan kuku jari. Caranya letakkan kuku jari di atas permukaan cermin: :

1. Jika ADA jarak (gap) antara kuku dan bayangan kuku di cermin, maka bisa dikatakan itu adalah CERMIN BIASA, jadi AMAN!

2. Jika TIDAK ADA jarak (gap) antara kuku dan bayangan kuku, artinya kuku Anda langsung menyentuh bayangan kuku Anda di cermin, maka itu adalah CERMIN DUA ARAH. Segera tinggalkan ruang itu!

Cara alternatif adalah dengan menghembuskan hawa panas lewat mulut kita ke cermin tersebut. Kalau cerminnya cermin biasa akan terlihat jarak dari wap embun yang ada, kalau tidak, berarti itu adalah CERMIN TEMBUS PANDANG.

Bagaimana kalau di depan kaca 2 arah ditambah lagi 1 kaca sehingga kalau jari ditempelkan ke cermin alhasil seperti cermin biasa (ada jarak antara cermin dan kuku), maka satu lagi yang perlu diperhatikan adalah adanya kamera mini di hiasan dinding.




Cara lain:

1. Cermin kaca 1 arah biasanya langsung menyatu dengan tembok.
2. Bawalah lampu picit sorot kaca dan lihat apa ada pantulan cahaya di belakang kaca.
3. Perhatikan warna reflektor kaca, kaca asli bening mengkilat dan kalau cermin 1 arah agak sedikit suram.
Ini cara sedrhana tapi efektif. Anda bisa menyelamatkan diri, anak gadis Anda, atau teman wanita dari "perkosaan visual".

Banyak wanita tidak menyedari telah menjadi korban, seperti kes beberapa tahun lalu ketika sekelompok artis dirakam aktivitasnya saat berganti baju di sebuah toilet studio foto.

Meski Anda bukan artis, hal ini tetap dapat menjadi ALAT PEMERASAN. Teknologi sekarang memudahkan para penjahat atau orang iseng beraksi merekam aktiviti peribadi Anda di toilet dengan telefon.

Bayangkan kalau itu di-upload di internet via facebook atau twitter atau media sosial lain seperti youtube.

0 (Gambar) Syarikat Dell ni nak jual komputer ke nak jual perempuan?

Dalam perniagaan, aktiviti pemasaran atau marketing adalah paling mencabar. Bukan mudah untuk sesebuah syarikat yang terlibat dalam industri perkomputeran untuk yang semakin pesat berkembang untuk menjual produk-produk mereka.

Ada yang mengambil langkah-langkahh pelik yang langsung tidak ada kena mengena dengan produk mereka seperti mana yang dilakukan oleh Syarikat komputer terkenal Dell ini apabila mengambil beberapa orang wanita seksi dan cantik untuk melariskan jualan komputer mereka.







0 Kisah Tukang Pancung Terkenal di Arab Saudi

Stesen televisyen Lebanon, LBC TV, pernah menyiarkan wawancara khas dengan Encik Abdallah pada 4 November 2006, antara tukang pancung paling masyhur di negara itu.

Antara ‘khidmat’ Abdallah termasuk memancung warga Indonesia, Ruyati Satubi, tidak lama dulu.Pelaksanaan hukuman mati itu dijalankan di kota Makkah dan mencetuskan bantahan di Indonesia. Ruyati, 54 tahun, disabit kesalahan membunuh majikan perempuannya dengan pisau potong daging.

Abdallah memulakan tugas pertamanya pada 1991, seminggu setelah ayahnya meninggal dunia.Beliau berusia 32 tahun waktu itu. Pada hari pertama bertugas, beliau memancung tiga orang.Pedang bernama ‘Sultan’ warisan ayahnya itu melengkung seperti bulan sabit dan panjang setengah meter.

Encik Abdallah mengaku gugup saat pertama memenggal kepala orang.

”Setiap orang akan gugup ketika memulakan pekerjaan baru kerana takut gagal,’ katanya.

Beliau mengaku telah memancung lebih 100 kepala.

Semasa kecil, Encik Abdallah pernah menyaksikan ayahnya memenggal kepala seorang pembunuh di depan gerbang Raja Abdul Aziz.

Beliau mengikuti ayahnya menjalankan tugas kerana ingin melihat organ pencernaan, sebagaimana dipelajari di sekolah.

” Namun, yang saya lihat ialah kepala manusia melayang. Dari lehernya darah mengalir seperti telaga. Cukup dan saya tak tahan lagi,” ujarnya.

Malamnya, beliau susah tidur dan bermimpi ngeri.Arab Saudi mengenakan hukuman pancung ke atas pesalah kes bunuh.

Hukuman itu biasanya dibatalkan jika keluarga mangsa memaafkan pesalah, yang diharuskan membayar diyat (wang pengganti) yang ditetapkan keluarga mangsa. Menurut ahli psikologi daripada Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, Dr Turki Al-Atyan, syariat Islam memerintahkan hukuman mati dilaksana dengan cara memenggal kepala, bukan gantung atau tembak.

Bagi memuluskan tugasnya, Abdallah memakai hanya pedang buatan Jowhar yang dibuat dari besi keras agar tidak mudah patah dan memang khusus bagi memancung kepala.

Ayah tiga anak itu berkata beliau tidak berasa apa-apa perbezaan ketika memancung pesalah lelaki atau perempuan. Bahkan, beliau mengaku pernah memenggal kepala temannya yang dikenakan hukuman mati.

Selain memenggal kepala, Abdallah melaksana hukuman potong tangan atau kaki. Pesalah potong tangan dibius dulu.

Abdallah berkata, syarat utama menjadi tukang penggal ialah seseorang itu tidak boleh berasa belas terhadap orang yang akan dipancung

” Jika saya kasihan akannya, dia akan menderita. Apabila hati ini berasa kasihan, tangan bakal gagal,” katanya. — Agensi.

01 July, 2012

0 Universiti sediakan kemudahan khas untuk pelajar pondan/maknyah

Thailand merupakan satu-satunya negara di dunia,di mana golongan transgender (pondan/mak nyah) boleh mendapatkan pendidikan yang tinggi dan juga mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.

Suan Dusit Rajabhat University- Bangkok,di mana golongan pondan diterima belajar.Golongan pondan tersebut juga berpakaian seragam dan mereka bertingkah laku sebagai feminin.

Kerajaan Thailand juga menyediakan tandas khusus untuk golongan pondan tersebut.Tandas khusus ini dilabel dengan nama 'Transvestite Toilet'.


0 Asal-usul nama Bongek

BONGEK – "Saya tak kecil hati kalau orang luar sukar sebut nama kampung kami ini," kata Basri Hasan, 71, anak jati Kampung Bongek, di sini.

Bagaimanapun, Basri berharap, orang ramai memperbetulkan sebutan namanya berikutan kampung berkenaan mempunyai sejarah keistimewaan tersendiri.

Basri yang kini merupakan Pensyarah (Dosen) Islamic Educational Institution Perguruan Diniyyah Puteri Padang Panjang di Sumatera Barat berkata, nama kampung berkenaan diperolehi berikutan penemuan mata air panas oleh masyarakat Minangkabau dari Acheh seawal 1773 yang ikut merantau ke situ bersama Raja Melewar.

Menurutnya, sememangnya lumrah masyarakat zaman dahulu untuk membina penempatan berdekatan sungai kerana mereka menjadikannya sebagai panduan arah laluan atau jalan ke penempatan lain.

"Berpandukan kepada sungai, empat suku utama iaitu Seri Lemak, Tanah Datar, Acheh dan Paya Kumbuh berpecah mencari penempatan sendiri. Suku Acheh telah
singgah di dua lokasi berbezayang kini dikenali sebagai Pulau Acheh dan Bongek Acheh," katanya.

Penerima Anugerah Tokoh Guru 2012 Daerah Rembau berkata, orang Minangkabau yang menjumpai mata air panas telah menggelarkan ia sebagai ‘air hangek', manakala, kedudukannya dalam paya dalam bahasa sanskritnya disebut sebagai ‘bonchah'.

"Disebabkan ia disebut sebagai 'bonchah hangek' secara berulang kali oleh penduduk, lama kelamaan sebutan tersebut disingkatkan dan menjadi nama kampung seperti
sekarang ini iaitu 'Bongek'," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, kini orang ramai boleh melihat sendiri kewujudan mata air panas di kawasan paya yang terletak kira-kira satu kilometer dari jalan utama perkampungan itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bongek, Abu Hashim Omar berkata, kampung berkenaan kini tidak putus-putus
melahirkan modal insan cemerlang dalam pelbagai bidang.

“Pernah juga saya terdengar orang mempermainkan sebutan nama kampung ini. Atas dasar itu, kita harap agar mereka-mereka ini akan mengenali serta mencari keistimewaan kampung ini sebagai antara penempatan awal dibuka di daerah Rembau," katanya.

About

 

Anak-Anak Jati Pulau Pinang Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates