Blogger news

11 July, 2012

1 Rakaman adegan seks askar Australia melalui Skype terbongkar

SYDNEY 10 Julai - Satu laporan yang mencemarkan imej tentera Australia, hari ini mendedahkan secara terperinci 24 dakwaan rogol yang tidak pernah dibicarakan sebelum ini, yang disifatkan oleh Menteri Pertahanan, Stephen Smith akan 'mengejutkan' orang ramai.

Pendedahan laporan itu diarahkan oleh kerajaan pada tahun lalu berikutan skandal 'Skype' berhubung rakaman adegan seks seorang rekrut lelaki bersama rakan wanita sekelas yang disiarkan di Internet dan ditonton pelajar dari bilik lain.

Beberapa dakwaan telah didedahkan menerusi media sebelum ini, namun Smith hari ini mendedahkan keseluruhan 1,500 halaman dokumen yang memperincikan 847 dakwaan seks dan gangguan seksual yang berlaku sejak 1950-an.

''Ia telah membangkitkan satu dakwaan yang serius dan sensitif yang akan mengejutkan banyak pihak,'' kata Smith dalam laporan itu.

Begitu juga dakwaan rogol, dari 1950 hingga 1980-an, kebanyakannya membabitkan kanak-kanak lelaki berusia 13, 14, 15 dan 16 tahun dalam bidang ketenteraan yang menderita akibat penderaan seksual dan fizikal.

Pada 1960-an, remaja lelaki berusia 13 tahun telah dipilih menjadi rekrut tentera laut dan pada ketika umur mereka mencecah 15 tahun, mereka diterima menyertai ketiga-tiga perkhidmatan sehingga awal 1980-an, walaupun umur minimum untuk menyertai tentera adaalah 17 tahun.

Laporan itu menjelaskan bahawa agak jelas ramai wanita muda dalam bidang pertahanan menjadi mangsa seksual dan serangan fizikal serta penderaan serius yang lain.




Laporan itu mencadangkan bahawa fidofilia pada zaman dahulu menyertai tentera bagi mendapatkan akses kepada orang muda dalam cara sama mereka menghampiri rumah anak yatim, sekolah dan gereja.

Menurut laporan itu lagi, beberapa orang yang dituduh kini memegang jawatan tertinggi dan mangsa tidak pernah melaporkan kejadian tersebut kerana khuatir tiada orang yang mahu mempercayai mereka.

Kerajaan masih belum dapat mencari mekanisme bagi menangani masalah itu, namun dicadangkan supaya inkuiri umum penuh diadakan.

''Kita tidak lama lagi akan membuat rumusan akhir mengenai perkara ini,'' kata Smith. - AFP

1 comments:

  1. Blog anda telah dipautkan di blog Dedah Kini®.

    http://dedahkini.blogspot.com

    ReplyDelete

About

 

Anak-Anak Jati Pulau Pinang Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates