Blogger news

11 July, 2012

0 Pelajar perempuan hilang ditemui separuh sedar di masjid

KUANTAN: Pelajar perempuan tingkatan dua Maahad Tahfiz Pahang, Tanjung Lumpur, di sini, yang dilaporkan hilang selepas solat Subuh pada pagi Ahad lalu dikatakan berada dalam keadaan separuh sedar ketika keluar dari asrama sekolah berkenaan sebelum mendapati dirinya berada di sekitar kawasan Gombak, Selangor, malam kelmarin.

Bagaimanapun, misteri kehilangan mangsa, Zuhairatul Jannah Md Zulkifli, 14, yang juga anak kepada seorang pegawai kanan Jabatan Pelajaran Pahang terjawab apabila dia ditemui sedang tidur di dalam Masjid Sungai Mulia, dekat Gombak, dalam keadaan selamat, malam kelmarin.

Sumber polis berkata, mangsa ditemui beberapa penduduk berada dalam masjid berkenaan sebelum dibawa ke Rumah Perlindungan Sungai Mulia untuk diberi bantuan.

Pemilik rumah perlindungan berkenaan kemudian menghubungi abang mangsa bagi memaklumkan penemuan itu sebelum dia membuat laporan di Balai Polis Gombak kira-kira jam 11 pagi semalam.

Harian Metro difahamkan, berdasarkan keterangan awal daripada pelajar perempuan terbabit, dia memaklumkan berada dalam keadaan separuh sedar ketika keluar sehelai sepinggang dari asrama sekolah berkenaan pada pagi kejadian sebelum mendapati dirinya berada di Gombak.




Abang mangsa yang enggan dikenali ketika dihubungi semalam, memaklumkan keluarganya enggan mengulas mengenai kejadian menimpa Zuhairatul dan menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

“Kami bersyukur dia selamat, selebihnya terserah kepada polis untuk meneruskan siasatan,” katanya yang turut enggan memaklumkan di mana Zuhairatul berada kini ketika ditanya mengenai perkara itu.

Sementara itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abd Ghani berkata, polis berjaya menjejaki pelajar perempuan terbabit berada di Kuala Lumpur selepas dikesan membuat pengeluaran wang di sebuah mesin juruwang automatik (ATM) menggunakan kad ATM miliknya, kelmarin.

“Mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Kaunseling diberikan kepada pelajar perempuan terbabit untuk mententeramkan keadaannya di Balai Polis Gombak sebelum dibawa pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sharifuddin berkata, keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai penemuan itu semalam danberdasarkan siasatan awal kes berkenaan tidak membabitkan sebarang unsur jenayah.

0 comments:

Post a Comment

About

 

Anak-Anak Jati Pulau Pinang Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates