Blogger news

12 July, 2012

0 Riza Larang Izreen Azmindar Bawa Watak Sundal

Meskipun hanya akan menamatkan zaman bujangnya lebih sebulan lagi, dramatis, Izreen Azmindar Mohd Aznam atau Izreen Azmindar, 27, akui bakal suaminya, Muhamad Riza Baharudin sudah mula melarangnya membawakan watak antagonis yang keterlaluan.

Malah, Izreen Azmindar berkata walaupun Muhamad Riza menyokong sepenuhnya kerjaya lakonannya, namun dia dinasihatkan supaya tidak membawa watak-watak antagonis seperti pelacur yang mengenakan pakaian terlalu seksi serta beraksi terlalu intim dengan lelaki.

"Sebenarnya semasa dia mula mengenali saya, dia sudah sedia maklum saya seorang pelakon dan dia tiada masalah untuk saya meneruskan kerjaya saya selepas berkahwin.

"Cuma, dia ada menasihati saya supaya cuba menghadkan sedikit lakonan saya supaya tidak melakonkan watak-watak seperti wanita 'sundal' atau pelacur selepas berkahwin.

"Sejak awal lagi, dia tidak berkenan jika saya membawakan watak pelacur yang berpakaian seksi serta menjayakan aksi ghairah bersama pelakon lelaki lain. Namun saya terima dan akur kerana saya sendiri akan berusaha mengelak untuk berlakon sebegitu,"katanya ketika dihubungi oleh murai.com.my

Izreen yang bakal mengenakan hijab pada majlis akadnya nanti akan melangsungkan pernikahan dengan Riza yang juga duda anak satu di Country Golf Resort, Jitra, Kedah pada 30 Ogos 2012 kira-kira jam 8 malam.

Manakala majlis resepsi akan diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), City Alor Setar , Kedah pada hari berikutnya iaitu pada 31 Ogos, jam 8 malam.

Mula mengenali Riza,29, yang juga seorang jurukamera produksi ketika menjalani penggambaran drama Tentang Dhia pada November lalu, Izreen mengakui mereka terus berkawan rapat dan saling mencintai selepas itu.

Kemudian, tanpa mengambil masa yang lama, Izreen menerima kunjungan merisik daripada pihak lelaki pada 10 Disember lalu sebelum melangsungkan majlis pertunangan yang hanya dihadiri keluarga dan teman terdekat pada 1 Januari lalu.

Malah, Izreen akui kali ini dia tidak perlu mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan menamatkan zaman bujangnya dan yakin Riza adalah lelaki yang paling tepat dengannya.

"Bagi saya lama atau cepat tempoh pengenalan itu bukan menjadi masalah bagi seseorang itu yakin untuk mengambil keputusan untuk berkahwin.

"Alhamdulilah, dalam tempoh berkawan dengannya saya yakin dia adalah orang yang paling tepat untuk saya kerana ketelusan hatinya dan sikap jujur yang ada padanya benar-benar membuatkan saya tersentuh.

"Saya akui pengenalan kami memang singkat, namun keserasian dan persefahaman yang ada membuatkan kami yakin untuk mengikat perjanjian hidup. Lagipun dia seorang yang kukuh dari segi ekonomi dan bijak melayan kerenah saya yang seringkali beremosi kepadanya," jelasnya yang masih belum berpeluang berjumpa anak kepada bakal suaminya.




Bercakap mengenai persiapan perkahwinannya, Izreen memberitahu dia agak kesuntukan masa kerana terpaksa memenuhi banyak tawaran berlakon untuk tayangan Syawal ini.

"Alhamdulilah, semakin dekat dengan hari perkahwinan saya, semakin murah pula rezeki saya kerana sehingga kini tidak putus memenuhi tawaran berlakon. Dalam masa yang sama, saya terpaksa terkejar-kejar untuk menyiapkan tiga puluh peratus lagi persiapan akhir untuk pernikahan dan perkahwinan saya kelak.

"Saya bersyukur kerana banyak dibantu oleh ahli keluarga ,"kata bekas kekasih Johan Asari itu.

Izreen yang baru sahaja selesai penggambaran dua telemovie Raya iaitu Sejadah Dari Mekah untuk siaran RTM dan Muat Tak Muat, telemovie untuk TV3 itu bakal memulakan penggambaran telemovie untuk Astro arahan Michael Ang pada 12 Julai ini.

- Murai

0 comments:

Post a Comment

About

 

Anak-Anak Jati Pulau Pinang Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates