Blogger news

02 July, 2012

0 Alasan demam untuk elak dicekup khalwat


AMPANG - Seorang pelajar lelaki memberi alasan demam lalu membawa pulang teman wanitanya ke rumah sewanya di sebuah pangsapuri di sini, ketika ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, awal pagi semalam.

Pasangan yang berusia 25 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi, ketika sedang berdua-duaan dalam rumah berkenaan.

Lelaki yang berasal dari Kelantan itu mendakwa ibunya datang ke ibu kota untuk berjumpa dengan teman wanitanya yang bekerja sebagai pengurus pelanggan di sebuah syarikattelekomunikasi.

“Selepas perjumpaan itu, saya tiba-tiba tidak sihat, batuk serta demam. Saya tidak dapat menghantar pulang teman wanita saya ke rumahnya di Damansara,” katanya ketika disoal siasat penguat kuasa.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota diketuainya memeriksa kediaman berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita berpakaian lengkap dalam salah satu bilik di rumah berkenaan,” katanya.

Dalam operasi berasingan yang dijalankan bersama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) itu, dua pasang kekasih berusia dalam lingkungan 21 hingga 31 tahun turut ditahan dipangsapuri sama.

Ahmad Nawi berkata, salah seorang gadis berkenaan pernah ditahan sebelum ini bersama lelaki lain.

“Gadis itu memberitahu bahawa dia akan ikut lelaki yang sanggup ‘menaja’ dia dan ketika ditahan dia hanya memakai baju paras lutut, manakala pasangannya berbaju dan berseluar pendek,” katanya.

Beliau berkata, penguatkuasa mendapati sepasang kekasih sedang tidur dalam bilik berasingan.

“Kami mendapati gadis berusia 21 tahun itu memakai baju dan berseluar pendek, manakala pasangannya hanya berseluar pendek,” katanya.

Kedua-dua pasangan ditahan itu ada masih menuntut, bekerja di sebuah kedai sate, penganggur dan bekerja di sebuah pusat membeli-belah.

Ahmad Nawi berkata, pihaknya kerap menerima aduan orang ramai yang mendakwa berlaku perbuatan tidak bermoral di rumah itu.

“Kesemua ditahan dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk dibuat laporan tangkapan sebelum siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga atau kenalan masing-masing.

Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

posted from Bloggeroid

0 comments:

Post a Comment

About

 

Anak-Anak Jati Pulau Pinang Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates