Blogger news

06 July, 2012

0 Sadis! Ibu bawak anak terjun dari jambatan bersama

JAKARTA: Sambil mendukung anak lelaki yang berusia tiga tahun, seorang wanita melompat dari jambatan di tengah Bogor kelmarin, menyebabkan keduanya-duanya maut, sambil diperhatikan oleh anak perempuannya.

Ketua Polis Bogor Tengah, Adjutan Komisioner Kanan, Viktor Gatot berkata, kesusahan hidup dikatakan motif perbuatan bunuh dan bunuh diri itu.

“Sambil mendukung anaknya, Markiyah, 30, pergi ke Sungai Cisadane di Pulo Empang, sebelum terjun dan lemas,” katanya.

Viktor berkata, penduduk berdekatan mengetahui mengenai tragedi itu apabila mendengar jeritan dan tangisan anak perempuan Markiyah di tepi jambatan.

Seorang saksi, Suryana berkata, dia cuba menghalang kanak-kanak perempuan itu daripada mengikuti ibunya dan melompat dari jambatan.

“Kanak-kanak berusia enam tahun itu mahu mencari ibunya. Dia berkeras mahu ke sungai tetapi kami berjaya menahannya,” katanya.

Viktor berkata, penduduk tempatan membantu anggota polis mencari ibu dan anak lelakinya di sungai.

Anggota polis membawa kanak-kanak perempuan itu pulang selepas menemui mayat ibu dan adiknya.

Berdasarkan penilaian penyiasat berkenaan keadaan rumah wanita itu, pihak polis membuat kesimpulan masalah kewangan adalah punca kejadian itu.




“Mereka baru tinggal di situ kira-kira sebulan. Rumah itu terlalu kecil. Tiada apa di dalamnya,” kata Viktor.

Katanya, kanak-kanak perempuan itu memberitahu anggota polis, keluarganya pernah tinggal di Banten dan bapanya sudah meninggal dunia.

Kanak-kanak perempuan itu tidak tahu di mana mereka pernah tinggal sebelum ini dan bagaimana hendak menghubungi saudara-maranya.

Mayat kedua-duanya dibawa ke masjid di tempat itu sebelum dikebumi di perkuburan awam Kebon Manggis.

Penduduk tempatan membantu menyempurnakan pengkebumian itu. - Jakarta Post

0 comments:

Post a Comment

About

 

Anak-Anak Jati Pulau Pinang Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates