Blogger news

09 July, 2012

0 Wartawan tanahair langgan pelacur di Jakarta?

Gambar hiasan
Selalunya, anda pasti akan mendengar gosip mengenai selebriti-selebriti tanah air. Namun kali ini, ianya menjadi berlainan apabila sayup-sayup kedengaran dari jauh mengenai gosip seorang wartawan media cetak.

Seorang artis telah menulis kepada OHBULAN! dan mengadukan perangai ‘setan’ seorang wartawan media cetak yang berlagak seakan-akan Tuhan di akhbar dimana dia bekerja. Puncanya adalah disebabkan artis ini pernah diaibkan sendiri oleh wartawan berstatus Tuhan itu walaupun perkara yang terjadi padanya tidak benar.

Dari kacamata artis yang pernah diaibkan itu, OHBULAN! telah menerima khabar yang agak memeranjatkan. Menurut sumber, seorang wartawan dari media cetak dikatakan kerap mengunjungi kota Jakarta dengan alasan untuk menenangkan fikiran. Tapi, ada cerita disebaliknya apabila wartawan ini dipercayai mendapatkan khidmat pelacuran sebagai cara untuk menenangkan fikirannya. Apa yang lebih menyedihkan ialah, wartawan ini sudah pun mempunyai isteri dan anak sendiri. Bayangkan jika mereka tahu mengenai perkara ini?




Tidak berhenti disitu, sumber turut memberitahu bahawa wartawan ini juga dilihat selalu membawa gadis cantik atau artis wanita cantik kemana-mana acara. Tidak tahu apa tujuan sebenarnya, samada sekadar mahu ‘show-off’ ataupun mungkin ada niat lain disebaliknya, sedangkan boleh saja dia bawa isteri atau anaknya. Kan?

Menurut sumber lagi, khabarnya wartawan ini menjadi agen untuk golongan VVIP mengenali mana-mana artis wanita cantik. Mungkin disebabkan itulah semakin ramai selebriti wanita kita yang cantik menjadi hak milik VVIP.

Dalam dunia penuh teknologi sekarang, sesiapa pun boleh dikritik. Walaupun wartawan ini lantang mengkritik orang lain, tidak mustahil dirinya akan turut terkena juga. Sebab itu wujudnya pepatah, “hari ini hari kau, esok hari aku pula”. Namun seperti biasa, ini semua hanyalah khabar angin dikala musim hujan yang tak tentu ini. Diharap anda dapat menilai mana yang benar dan mana yang tidak.

OHBULAN! hanya menulis berdasarkan apa yang dikatakan oleh artis tersebut kepada OHBULAN!. Jika ada persamaan dengan mana-mana pihak, biasalah itu. Kalau tak makan cili, takkan tiba-tiba terasa pula pedasnya, kan?

OhBulan!

0 comments:

Post a Comment

About

 

Anak-Anak Jati Pulau Pinang Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates