Blogger news

Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

27 August, 2012

0 Sakitnya Sakaratul Maut…4,000 Tahun RASA SAKIT Itu Belum Tentu Hilang!


Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali.
Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: “Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya 300 kali tetakan pedang.”
Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan 300x tetakan.
Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya.
Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu.
Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-
Sebelum tidur:
1] Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2] Selawat ke atas Nabi
3] Membaca tasbih
Amalan harian:
1] Sentiasa membaca Al-Quran
2] Memelihara solat terutama solat fardu
3] Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4] Membaca tasbih
5] Membanyakkan sedekah
6] Sentiasa berzikir menyebut Allah
Amalan yang perlu dijauhi:
1] Dusta
2] Khianat
3] Mengadu domba
4] Kencing berdiri
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil.”
Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga. Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah.
Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: “Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?” Jawab Nabi Idris: “Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya.” Kata malaikat maut: “Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun.”
Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: “Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu.”
Kata Nabi Isa as: “Cubalah kamu pilihkan?” Mereka berkata:Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh).”
Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban.
Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu. Berkata Sam bin Nuh: “Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: “Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?” Kata Sam:
“Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut.”
Betapa kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail. Justeru itu tidak hairan jika ramai manusia yang masih mampu bersenang riang dan bergelak ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikir dan direnungkan dalam hidupnya.
Walaupun dia sebenarnya adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.” Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.
Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut. Meskipun mata manusia hanya mampu melihat alam benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.
Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabi’e biasa sebagai pendapat golongan atheis, dan tidak kurang pula orang yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebabnya yang zahir sahaja.
Dia mengambil logik bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan juga kemalangan sama ada di udara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya. Selain itu mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, ta’un dan sebagainya.
Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang disebut di atas. Jika berlaku kematian di kalangan mereka, lantas mereka bertanya, “sebab apa si pulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah? “.
Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.
Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan mala petaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.
Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang, atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak tertangguh walau sesaat.
Walau bagaimanapun ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi sesuatu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya.
Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingat mati, untuk itu dia menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi seorang yang muflis di akhirat kelak.
Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa waspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna. Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan orang-orang soleh itu jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak beri amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika tiada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan menjerumus ke lembah bahaya itu.
Selain itu Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janjiNya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang.
Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah, iaitu para rasul a.s.w., para nabi-nabi, para wali-wali dan orang-orang solihin.
Selain itu malaikat maut mengadu kepada Tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang akan menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak keluarga dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.
Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai sebab-sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam. Sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka.
Apabila berlaku kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana menghidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu.
Ketika itu Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat mala petaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.
Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan kepadanya.
Walau bagaimanapun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu sama ada bersebab atau tidak, sebagaimana yang dinyatakan pada awal tulisan ini, bahawa ada ketikanya malaikat maut datang hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak ketawa, hingga malaikat maut merasa hairan terhadap manusia itu.
Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal, sama ada seseorang yang sedang sakit ataupun ketika sihat dan segar bugar. Firman Allah Taala Yang bermaksud:
“Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya. “
(Surah Al-A’raf: ayat 34)
Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.
(Halaqah.net)

31 July, 2012

0 10 perkara Yahudi tidak mahu dunia tahu mengenainya!

Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum.

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!




5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Sumber

27 July, 2012

0 Awas! Merokok sejurus berbuka puasa boleh membawa maut!

Al Ain: Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan.

Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya.

Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan.

Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas.

Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku.




Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol.

Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas.

-Agensi

25 July, 2012

0 Khas Ramadhan : Hukum gosok gigi atau bersugi di bulan puasa

Alhamdulillah dikesempatan yang ada ini saya dapat membuat satu artikel yang berkaitan dengan masalah bersugi pada waktu siang puasa di Bulan Ramadhan. Ramai umat Islam di luar sana tidak mengetahui apa hukum bagi orang yang bersugi pada waktu siang hari puasa. Ada berbagai pendapat ulamak tentang masalah ini. Jadi saya mengambil satu inisiatif menyiapkan artikel yang berkaitan masalah bersugi siang hari berpuasa untuk memecahkan kebuntuan yang dihadapi oleh pihak-pihak yang memerlukan.

Hukum bersugi ketika puasa adalah harus dan ini berdasarkan kepada hadis dari Abu Hurairah ra yang bermaksud :

“Seandainya aku tidak memberatkan umatku, nescaya aku perintahkan mereka bersiwak pada setiap kali wudhuk” (Riwayat Imam Malik, Ahmad, Nasai)

Rumusan yang dapat diambil dari hadis di atas ini ialah tiada penegahan bersugi atau bersiwak di waktu puasa Bulan Ramadhan. Maka tidak haram bagi sesiapa yang ingin membersihkan gigi mereka pada waktu berpuasa. Makruh bagi sesiapa yang bersugi untuk menghilangkan bau mulut mereka yang berpuasa, ini berdasarkan kepada hadis yang bermaksud :

“Sesungguhnya bauan mulut orang yang berpuasa itu pada hari kiamat adalah lebih baik di sisi Allah daripada bauan haruman kasturi".

Orang yang bersugi ketika waktu zohor (tengahari) ke atas, boleh membuatkan puasa mereka menjadi makruh kerana dapat menghilangkan bau mulut dari hasil puasa mereka. Begitu juga orang yang berlebihan dalam bersugi. Pendapat ini adalah dari ulamak Syafie.

Ada setengah orang bersugi hingga muntah-muntah, hal seperti ini boleh membatalkan puasa kerana mereka sengaja menyebabkan muntah. Hendaklah berhati-hati dalam bersugi jangan disebabkan untuk membersihkan gigi atau amalan sunat dapat membatalkan amalan yang telah diwajibkan oleh Allah seperti puasa Bulan Ramadhan.

Sheikh Muhammad Ibn Saleh al-Uthaimin mengatakan bahawa menggunakan ubat gigi ketika berpuasa di Ramadhan dan selainnya tidaklah mengapa baginya selagi tidak ia masuk dalam perut. Tetapi lebih baik ditinggalkan dari melakukannya kerana atasnya itu mengandung pengaruh yang kuat untuk menembusi perut sedangkan insan itu tidak menyedarinya. Kerana itu, Rasulullah saw bersabda kepada Qait bin Sabrah :
"Berlebihanlah dalam berkumur melainkan engkau berpuasa." 
Maka, lebih aula tidak menggunakan ubat gigi ketika mengerjakan puasa dan ada banyak masa. Jadi apabila diakhirkannya hingga sampai waktu berbuka puasa, maka dia memelihara puasanya dari apa sesuatu yan merosakkannya.

Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengatakan bahawa adapun mengenai ubat gigi, maka perlulah dia menjaga dari berlebihan supaya tidak dia masuk sesuatupun darinya ke dalam perut dan inilah pendapat yg dikeluarkan oleh kebanyakan ulamak. Maka aula dijauhkan muslim dari melakukannya dan dia mengakhirkan kepada selepas berbuka puasa. Akan tetapi, apabila melakukannya hendaklah dia berhati-hati padanya. Tetapi jika dia berhati-hati dan termasuk juga sesuatu ke dalam perutnya, maka ia dimaafkan. Allah swt berfirman :
"Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu khilaf padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Dan Nabi saw bersabda :

"Diangkat dari umatku kesilapan, kelupaan dan apa sahaja yang dipaksakan atasnya."

Kesimpulan yang dapat diambil dari dua pendapat ini ialah lebih baik jangan kita gunakan ubat gigi sebab ditakuti boleh membatalkan puasa dengan cara kita tertelan sedikit ubat gigi atau air yang digunakan untuk berkumur. Selain dari itu juga, ubat gigi juga boleh menghilangkan bau-bauan mulut orang yang berpuasa. Lebih eloklah menggunakan ubat gigi apabila waktu sesudah berbuka puasa.

Menurut pendapat Imam An-Nawawi mengatakan bahawa dibolehkan seseorang itu berkumur tidak melebihi tiga kali dan selebihnya boleh membatalkan puasanya jika ia tertelan. Persoalannya boleh kita menahan dari tidak tertelan air tersebut, sebab air itu sudah bercampur dengan air liur. Maka lebih baik kita elakkan dari membuatkan puasa kita terbatal disebabkan kelakuan kita sendiri.

Ustaz Nor Amin

0 Khas Ramadhan: Hukum berjimak dengan isteri di bulan puasa

1. Suami isteri berjimak semasa waktu azan subuh dibulan puasa dan kemudian mandi wajib bolehkah mereka berpuasa, sedang apa yang saya tahu masa waktu imsak kita dikehendaki berhenti makan dan membuat perkara membatalkan puasa juga selepas azan subuh maksudnya puasa itu bermula?

Jawapan :
Apabila seseorang menyangka bahawa fajar akan terbit lambat lagi, lalu bersetubuh. Kemudian dalam bersetubuh itu fajarpun keluar atau terdengar suara azan, maka wajiblah ia menghentikan persetubuhan itu dengan segera (serta merta) tidak boleh diteruskan lagi. Jika ia meneruskannya bererti ia telah merosakkan puasanya dengan bersetubuh yang disengajakan. Demikian pulalah dengan orang yang minum dan makan pada waktu itu.

Jika persetubuhan itu diteruskan walaupun telah terdengar suara azan, maka hendaklah membayar kaffarah. Pertama memerdekakan hamba, jika tidak ada atau tidak mampu, dengan berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup iaitu dengan memberi makan 60 orang miskin.


2. Pada bulan puasa seseorang lelaki melakukan persetubuhan di siang hari dan dia terlebih dahulu membatalkan puasa tersebut pada hari itu, adakah perlu diganti puasa tersebut 2 bulan berturut-turut.


Jawapan :
Perlu dingatkan bahawa sengaja berbuka puasa di bulan Ramadhan adalah dosa besar sama ada berbuka dengan makan, minum atau bersetubuh (jimak).

Sabda Nabi s.a.w. (bermaksud);
“Sesiapa berbuka puasa sehari di bulan Ramadhan tanpa ada rukhsah (kelonggaran) yang diizinkan Allah untuknya, puasa sepanjang masa sekalipun tidak akan berupaya membayarnya sekalipun ia melakukannya” (Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah).

Orang yang melakukan perbuatan di atas ia telah melakukan dua dosa; pertama, dosa berbuka puasa dengan sengaja di bulan Ramadhan dan kedua, dosa melakukan helah (tipu daya) untuk menghalalkan larangan Allah di bulan Ramadhan.

Hukuman yang dikenakan pada soalan no.2---> KLIK SINI

20 July, 2012

0 Berhati-hati dengan Hadith Palsu Kelebihan Ramadhan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata'ala, Selawat dan Salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'Alaihi Wasallam serta para sahabatnya.

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut.

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:

Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh




Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.


Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.

4. Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.



Petikan dari terbitan dan edaran percuma:
DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian , 16150 Kota Bharu, Kelantan.

19 July, 2012

0 Sejadah gambar adegan s3ks beredar dimasjid-masjid tanpa diesedari

Subliminal message atau pesan bawah sadar merupakan signal atau pesan yang terdapat dalam media lain, yang dirancang untuk melewati di atas normal pikiran / presepsi manusia. 


Pesan itu sebenarnya tidak dapat disadari/ diketahui, namun dalam situasi tertentu dapat mempengaruhi pikiran, perilaku, tindakan, sikap, sistem kepercayaan dan sistemnilai secara positif maupun negatif. Istilah bawah sadar berarti “ beneath a limen “ (ambang indrawi). Subliminal berasal dari bahasa Latin, kata sub yang berarti di bawah, dan limen, yang berarti ambang (This is from the Latin words sub, meaning under, and limen, meaning theshold). 


 Lambang Kelamin di sajadah 

Nah sekarang, entah sengaja atau memang tidak tahu, ada gambar yang menampakkan pesan seks pada gambar Sajadah, karpet alas untuk sholat di masjid-masjid.  Sajadah sejenis ini sudah tersebar ke masjid-masjid, namun sayang masyarakat/ jama’ah masjid tidak menyadari bahwa karpet/sajadah yang mereka pakai tiap hari bergambar porno. 

Mungkin sepintas itu tidak terlihat jelas dan pastinya tidak menyadari bahwa sebenarnya gambar yang kita tahu adalah sebuah pintu ternyata kalau kita perhatikan dengan teliti akan menyerupai (maaf) seperti organ vital laki-laki. Coba perhatikan kembali gambar sajadah atau karpet masjid ! ini seperti sudah di desain sedemikian rapi oleh si pembuat di pabrik pembuat sajadah atau karpet masjid.

   


Lambang Masonic (freemason) Di Sajadah Sajadah. Ya sajadah yang kita gunakan setiap hari untuk mengalas tempat kita sholat. Di sini saya hanya mau memberitau gambar sejadah yang mempunyai unsur-unsur Masonic.


Berdasarkan dari gambar Master Carpet Freemason di atas, bisa kita ambil ciri-cirinya yaitu:


1. Lantai petak (Checkered Floor)
2. Bintang dan Bulan
3. 2 tiang yang juga dikenali sebagai Joachim dan Boaz


Perhatikan sajadah di atas, ia juga mempunyai 3 ciri yang saya nyatakan yaitu bintang dan bulan, lantai berpetak (checkered floor) dan 2 tiang.

GAOTU (Great Architect Of The Universe), All Seeing Eye dan tiang Joachim Boaz


Jika kita perhatikan sejadah di atas secara  teliti kita akan melihat 2 tiang yaitu tiang Joachim dan Boaz, All Seeing Eye dan GAOTU yang tergantung di antara 2 tiang. All Seeing eye bisa anda lihat di tengah antara 2 tiang. Coba anda bandingkan sajadah di atas dengan gambar di lodge Freemason di bawah.


Perhatikan GAOTU yang tergantung di logde Freemason di atas. Ada persamaan dengan gambar yang tergantung di sajadah di atas. Dan jika anda zoom  gambar di logde Freemason tersebut, anda akan melihat lambang bulan dan bintang di sisi jangka lukis. Ini membuktikan bahawa Masons menggunakan lambang ini sebagai salah satu lambang mereka dan lambang ini bukanlah lambang agama Islam yang suci ini.


Di sini saya akan men- zoom  gambar-gambar tersebut. Perhatikan lambang Bulan dan Bintang yang jelas kelihatan di sisi jangka lukis dan bandingkan GAOTU yang tergantung di sejadah dan di lodge.



Inilah rencana jahat Yahudi dan Nasrani yang banyak beredar di antara kita tanpa kita sadari. Walaupun dengan perkara sekecil ini, mereka tetap menjalankan rencana jahat mereka. Diharap kita semua lebih berhati-hati dan peka setelah ini dalam kehidupan sehari-hari.

Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) senang kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Islam).

13 July, 2012

0 Awas mandi dihotel, berhati-hati dengan kamera tersembunyi dalam bilik air!

Berhati-hati apabila anda menginap di hotel,kerana pada zaman serba canggih ini berbagai bentuk kamera tersembunyi tersedia untuk merakam aktiviti anda.Pastikan bilik hotel yang disewa bebas dari peralatan sebegini,terutamanya kepada kaum wanita.

CONTOH KAMERA TERSEMBUNYI YANG PALING ORANG TAK TAU:


Kamera berbentuk suis lampu


Kamera dengan perakam video digital berbentuk pengesan asap (Smoke Detector Hidden Camera With DVR)

Kecuaian anda dalam memastikan suasana yang bebas dari anasir skodeng ini akan meyebabkan aktiviti anda dalam bilik hotel mungkin tersebar ke seluruh dunia dengan teknologi yang ada sekarang. Jadi berhati-hatilah selalu...

12 July, 2012

0 Vagina seperti anak dara?

Benarkah senaman kegel boleh mengatasi lemah otot pundi kencing?


Ini jawapan dan bukti yang diberi oleh ahli Fisiologi Kanan dari Prince Court Medical Centre, Neng Shahidah Sabullah, ia 100 peratus berkesan.

Walaubagaimanapun ia perlu dilakukan dengan teknik yang betul serta tempoh yang sesuai untuk tahap penyakit seseorang wanita itu.

“Jika wanita yang mengalaminya berusia dari 30 hingga 40 tahun, biasanya latihan dan amalan kegel ini perlu dilakukan secara berterusan selama tiga hingga enam bulan. “Manakala bagi yang lebih berusia iaitu dari 50 hingga ke 70 tahun tempoh masa dari empat hingga enam bulan perlu diamalkan.

“Mengapa lebih berusia lebih lama, ini kerana otot di bahagian tersebut lebih kendur dan memerlukan masa yang lebih lama untuk menguatkannya," ujar Neng Shahidah yang ditemui di Allo Paris, Damansara Perdana, sempena pengenalan duta baru Poise, baru-baru ini.

Menurut Neng Shahidah, dalam sesetengah kes, bahagian pundi kencing menjadi terlalu lemah kerana pesakit tidak mengamalkan teknik kegel yang betul. “Kadangkala pesakit tidak yakin adakah teknik yang dilakukannya betul. Jadi, sebaiknya pesakit mengikut nasihat fisioterapi dan dipantau secara berterusan.

“Tempoh tiga kali dalam seminggu berserta nasihat dan contoh pelbagai teknik senaman kegel pasti memberi kesan yang positif terhadap masalah yang dialami," ujar Neng Shahidah.

Tambahnya, ahli fisioterapi juga telah diajar teknik untuk mengukur sejauh mana kekuatan otot wanita itu berubah setelah melakukan senaman kegel selepas beberapa minggu.

“Kekuatan otot dikira dari satu hingga ke lima. Untuk kekuatan otot di bahagian vagina kiraan normalnya adalah tiga ke atas. Untuk pesakit lemah pundi kencing, sukatan yang kami sasarkan ialah tiga barulah mereka bebas dari kebocoran akibat terkucil dan sebagainya.




“Cara mengukur kekuatan tersebut adalah menerusi ujian mengukur kekuatan vagina. Ahli fisioterapi yang terlatih memang mengetahui sejauh mana kekuatan tersebut. “Biasanya yang lebih muda lebih kuat kerana kekuatan kolagen di bahagian tersebut. Tetapi pernah juga pesakit saya yang berusia 50 tahun berjaya mendapatkan skala lima kerana disiplin senaman dan melakukannya dengan cara yang betul," jelasnya.

Neng Shahidah berkata, ada satu kajian menunjukkan seramai 40 peratus wanita Malaysia yang berumur 48 tahun ke atas mempunyai masalah di bahagian lantai pelvik, bahagian peranakan dan juga prolaps.

“Ada juga sesetengah wanita yang berpendapat dan memilih untuk bersalin secara pembedahan kerana mahu mengelakkan masalah lemah pundi kencing. Namun, tanggapan tersebut salah sama sekali kerana masalah berkenaan sebenarnya tercetus sejak mereka mengandung lagi.

“Memang setiap individu mempunyai masalah yang berbeza. Pernah seorang wanita muda baru mempunyai seorang anak telah melakukan senaman kegel dengan cara yang sepatutnya tapi masih mengalami masalah lemah pundi kencing. Setelah diperiksa, wanita tersebut sebenarnya telah mengalami kecederaan ketika melahirkan anaknya dengan cara vakum dan forcep.

“Itu juga antara faktor penyumbang mengapa cara tersebut tidak berkesan untuk individu yang berbeza. “Bagi masalah seperti ini disarankan pesakit berjumpa dengan uroginekologi untuk memastikan masalah sebenar dan mulakan rawatan sama ada di bahagian otot atau pundi kencing yang bermasalah," jelasnya.

Selain itu Neng Shahidah juga menasihati wanita yang telah mempunyai masalah itu agar menjaga makan dan minum. Mereka tidak boleh minum minuman bikarbonat dan mengandungi kafein.
Bagi yang mengalami obesiti perlu juga mengawasi berat badan supaya tekanan daripada berat tersebut tidak memberi kesan kepada bahagian pundi kencing.

Sumber : Utusan Online

Jom gunakan Vagina Tightening Gel yang diformulasi saintis PhD Cambridge University..so far amat taukenya kata amat lah berpuas hati!!! Thank you Zam for the articles..

11 July, 2012

1 (Bacaan wanita sahaja) Keputihan dan cara mengatasinya

Keputihan yang disebabkan oleh keluaran lendir dari faraj seringkali menimbulkan kerunsingan dan ketakutan di kalangan wanita-wanita.

Masalah keputihan kerap membawa kepada rasa tidak selesa kepada kita. Apatah lagi apabila ia menyebabkan rasa gatal atau mengeluarkan bau yang kurang enak, tentunya ia akan menyebabkan kita tidak yakin untuk berdepan dengan orang.

Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin, pengeluaran keputihan menimbulkan persoalan samada mereka mengidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka di masa hadapan kelak.


TETAPI PERLU DIINGAT TIDAK SEMUA LENDIR KEPUTIHAN ITU ADALAH PETANDA PENYAKIT!!

Disebaliknya ia mungkin tanda seperkara yang biasa sahaja. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang-kilang khas pengeluar lendir

Lendir ini mempunyai tugas pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran faraj. Jika tanpa lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan rosak. Kekeringan faraj sering dialami oleh wanita-wanita yang telah putus haid (menopause) dan iini boleh menimbulkan masalah seperti rasa sakit sewaktu bersetubuh dan terkeluarnya darah dari dinding faraj.

Lendir faraj juga mempunyai peranan penting dalam peranan persetubuhan dan pengeluaran lendir bertambah banyak ketika naik syahwat dan ketika bersetubuh. Dalam keadaan demikian lendir adalah dikeluarkan oleh kilang-kilang lendir yang khusus dan terletak di bibir faraj. Keluaran lendir dari faraj yang berlebihan boleh berlaku di kalangan gadis-gadis yang sedang di alam percintaan dan gadis-gadis yang tinggi syahwatnya.

Pangkal rahim (cervix) juga mengeluarkan lendir denga tujuan-tujuan tertentu. Lendir pangkal rahim memainkan peranan dalam percantuman di antara benih lelaki (sperm) dan benih perempuan (ovum) di dalam proses persenyawaan.

Lendir ini mempunyai daya untuk membekal makanan dan tenaga kepada benih-benih lelaki untuk beberapa hari dalam keadaan hidup jika sperma terletak di dalam lendir di pangkal rahim (pada kebiasaannya benih lelaki hanya hidup di antara 24-28 jam sahaja). Sifat dan keadaan lendir di pangkal rahim berubah dengan pusingan haid oleh sebab terpengaruh dengan perubahan paras hormon.




SIFAT LENDIR YANG NORMAL

Pada kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih , cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal.



KEPUTIHAN SEBAGAI TANDA PENYAKIT

Pengeluaran lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem peranakan. Di dalam keadaan sedemikian, pada kebiasaannya lendirnya bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj.

Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku.
PENCEGAHAN

Anda disaran menjaga bahagian sulit supaya bersih dan tidak lembap dengan menggunakan pakaian dalam serap peluh diperbuat daripada kain kapas.

Penggunaan cairan pembasuh faraj harus secara bijaksana dengan mengetahui suatu prinsip bahawa bahagian itu bersifat asid yang juga lingkungan biasa bagi flora normal (mikroorganisma yang dalam jumlah normal tidak menyebabkan penyakit).

Adanya perubahan lingkungan normal tersebut, misalnya dengan penggunaan pembersih cecair faraj yang bersifat alkali (mengandung sabun) dapat meningkatkan pertumbuhan flora secara abnormal.

Jadi hendaklah menggunakan pencuci atau pembersih faraj secara berpada-pada dan tidak keterlaluan.

JANGAN BIMBANG! TERDAPAT BEBERAPA PRODUK DIPASARAN YANG TERBUKTI BERKESAN DAN DAPAT MEMBANTU ANDA...!





Semua produk-produk ini selamat dan telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan. Anda boleh klik pada setiap gambar untuk mengetahui maklumat lanjut untuk mendapatkannya!

Cuba dahulu...baru tahu!

09 July, 2012

0 Foto dari satelit, pembaziran cahaya elektrik di dunia maju dan dunia ketiga

Pada waktu malam, Kota London memperlihatkan kecerahan yang amat terang, menunjukkan penggunaan tenaga elektrik yang melampau seumpama pertunjukkan cahaya.

Walaupun ianya kelihatan hebat, sebenarnya negara maju telah melakukan pembaziran tenaga dan pencemaran cahaya yang melampau.

Cuba bandingkan pula dengan negara-negara dunia ketiga, seperti Africa, South America dan kebanyakan negara-negara Asia, semuanya gelap gelita!
Pembaziran tenaga : Imej dari satelit Britain dan Eropah pada waktu malam
Pertunjukkan cahaya yang tidak perlu : Imej satelit yang menunjukkan penggunaan cahaya oleh Amerika Syarikat yang melampau.
Setiap tahun, London menggunakan 150 juta gigawatt tenaga pada setiap jam bersamaan penggunaan dua buah negara, Portugal dan Greece.


50 peratus populasi penduduk merungut tidak dapat melihat kecantikan bintang dilangit akibat dari pencahayaan yang melampau di bumi.




Perhatikan pula gambar-gambar yang diambil oleh saintis Felix Pharand- Deschines yang menggunakan data-data yang dikumpulkan melalui satelit yang cuba membezakan antara dunia maju dan dunia ketiga.
Dalam kegelapan : Dunia Ketiga di Afrika kebanyakan bergelap berbandung dengan barat.
Global : Gambar menunjukkan pecemaran dan pembaziran cahaya yang dilakukan di seluruh dunia

07 July, 2012

0 (Video) Satu SMS permulaan yang boleh berakhir dengan zina...

Kepada anak-anak gadis diluar sana yang masih mentah dalam berkawan, berhati-hatilah. Kerana tidak semua lelaki itu jujur berkawan dengan anda.

Lelaki bijak menutur kata, ada kalanya mengambil masa bertahun-tahun untuknya sabar sebelum dapat 'merasa' aurat anda. Adakalanya sebentar sahaja dek kerana kaum hawa mudah tertewas dengan kata-kata.

Berharti-hatilah. Hayati video dibawah, walaupun hanya beberapa SMS yang dipaparkan, moga ianya dapat memberi panduan untuk anda di masa hadapan...

06 July, 2012

0 Awas! Teknik terbaru curi kenderaan di parking


Minggu lalu, kereta seorang wanita telah dicuri di tempat yang sangat sibuk berhampiran Jaya Jusco di Mahkota Cheras, Kuala Lumpur.

Kejadian ini adalah sesuatu yang sangat bernilai untuk dikongsi bersama supaya kita dapat mengurangkan peluang kepada pencuri kereta. 

Selepas meletakkan keretanya di tepi jalan di luar Jusco, wanita tersebut mendapati bahawa dia tidak berjaya untuk mengunci keretanya dengan alat kawalan jauh (remote).

Pada fikiran beliau alat kawalan jauh tersebut telah kehabisan bateri atau rosak, lalu beliau hanya menggunakan kunci biasa untuk mengunci keretanya secara manual.

Beliau kemudian pergi untuk membeli beberapa barangan runcit dan kira-kira 30 minit kemudian apabila dia kembali ke tempat di mana dia meletakkan kereta beliau, didapati keretanya telah hilang. 

Kemudian di balai polis dan juga di agensi insurans, beliau telah diberitahu bahawa terdapat beberapa sindiket mencuri kereta yang menggunakan peranti elektronik 'klip'frekuensi alat kawalan jauh kereta (car remote's frequency clipping).

Alat ini boleh mengesan frekuensi remote kereta semasa ia digunakan untuk mengunci kereta. Kesan dari operasi 'clipping' oleh pencuri kereta ini akan menyebabkan pemilik kenderaan tersebut tidak dapat mengunci kereta dengan alat kawalan jauh.Jadi pemilik kereta akan menguncinya secara manual.

Sebaik sahaja pencuri ini memperolehi frekuensi alat kawalan jauh kereta anda, mereka akan mencuri kereta apabila anda berada jauh dari kereta anda. 

Pengajaran untuk masa depan apabila anda tidak dapat mengunci kereta anda dengan alat kawalan jauh, kemungkinan tinggi bahawa seseorang berdekatan telah mensasarkan kereta anda. Jadi anda dinasihatkan supaya tidak meletak kenderaan di tempat tersebut dan beredarlah dari situ.

Pc.com

posted from Bloggeroid

05 July, 2012

0 Pasaraya di Sri Petaling promosi arak dengan ungkapan 'RAMADHAN SALE'

Langkah sebuah pasaraya di Sri Petaling membuat promosi arak Carlsberg dengan meletakkannya ‘Ramadhan Sale’ menyemarakkan darah umat Islam menjelang Ramadhan ini.

Iklan itu yang kemudiannya dimasukkan dalam facebook sekejap sahaja sudah menerima puluhan komen dari pengguna laman sosial itu.


Posting gambar iklan ini dibuat melalui facebok milik Lajnah Penerangan Dppsa (Dewan Pemuda PAS Shah Alam) dan beberapa pemilik lagi telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.

Ramai yang marah-marah namun ada juga yang agak rasional dengan berkata, mungkin ianya dibuat oleh orang Bukan Islam yang tidak faham.

Oleh itu, mereka yang terjumpa iklan sebegini sepatutnya terus membuat bantahan kepada pihak pengurusan pasaraya ini.




Iklan ini seumpama promosi daging babi panggang yang dibuat oleh akhbar MCA, The Star dalam bulan Ramadhan yang lalu.

The Star telah menerima amaran ekoran penyiaran itu.

Namun pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus juga memberi amaran apabila The Star membuat satu lagi kesilapan apabila menyiarkan tulisan dan gambar penyanyi Amerika, Erika Badu yang bertatu nama Allah di dadanya yang telanjang.

0 Cara mengesan kedai yang menggunakan sihir pelaris

Mungkin ramai antara kita menganggap zaman serba moden dan canggih ini tiada lagi yang guna unsur-unsur syirik dalam kehidupan seharian.

Jangan terkejut jika ada kedai yang berani menggunakan khidmat jin untuk melariskan perniagaan.

Jadi, bagaimana cara untuk mengesan jin-jin tersebut?

Cara mudah untuk tahu sesebuah kedai mempunyai pelaris (khadam jin) adalah dengan membaca ayat Qursi 3 kali di luar kedai. Sebaiknya semasa di dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7 kali ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh puhh kiri, puhh kanan. Cukup sekadar tiup perlahan-lahan sampai habis nafas
(macam Ustaz Ismail Kamus ajar).

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” akan marah dan akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah sebegitu, eloklah kita jangan makan di kedai tersebut.




Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir:

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir / 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith:

Ertinya: Baginda S.A.W telah berkata kepadaku: “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu. At-Tirmidzi,

Bab Doa Yang Disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 (Nuzhatul Muttaqin, no 1457, 2/229) At-Tirmidzi: Hasan Sohih, An-Nawawi: Sohih.

Oleh : Ustaz Sharhan
posted from Bloggeroid

04 July, 2012

0 Harga Petrol RON97 turun 20 sen mulai esok

KUALA LUMPUR - Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuat kuasa esok.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata keputusan menurunkan harga tersebut berikutan purata harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 telah menurun.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 bagi Julai 2012 bermula esok.

Harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan terkawal di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran, katanya.




Kerajaan sebelum ini menurunkan harga jualan runcit petrol RON97 sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.80 pada 6 Jun lepas. - Bernama

02 July, 2012

0 Cermin dua hala, wanita wajib berhati-hati!

Banyak kes dimana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita atau di toilet wanita, terkadang kelakuan nakal oknum disitu tanpa sepengetahuan pemilik atau pengelola toko/mall/resto/hotel/salon/spa.

Sangat sulit mengidentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Bagaimana untuk mengetahuinya dengan pasti apakah cermin itu adalah CERMIN BIASA atau CERMIN 2 ARAH?

Lakukan saja ujian dengan menggunakan kuku jari. Caranya letakkan kuku jari di atas permukaan cermin: :

1. Jika ADA jarak (gap) antara kuku dan bayangan kuku di cermin, maka bisa dikatakan itu adalah CERMIN BIASA, jadi AMAN!

2. Jika TIDAK ADA jarak (gap) antara kuku dan bayangan kuku, artinya kuku Anda langsung menyentuh bayangan kuku Anda di cermin, maka itu adalah CERMIN DUA ARAH. Segera tinggalkan ruang itu!

Cara alternatif adalah dengan menghembuskan hawa panas lewat mulut kita ke cermin tersebut. Kalau cerminnya cermin biasa akan terlihat jarak dari wap embun yang ada, kalau tidak, berarti itu adalah CERMIN TEMBUS PANDANG.

Bagaimana kalau di depan kaca 2 arah ditambah lagi 1 kaca sehingga kalau jari ditempelkan ke cermin alhasil seperti cermin biasa (ada jarak antara cermin dan kuku), maka satu lagi yang perlu diperhatikan adalah adanya kamera mini di hiasan dinding.




Cara lain:

1. Cermin kaca 1 arah biasanya langsung menyatu dengan tembok.
2. Bawalah lampu picit sorot kaca dan lihat apa ada pantulan cahaya di belakang kaca.
3. Perhatikan warna reflektor kaca, kaca asli bening mengkilat dan kalau cermin 1 arah agak sedikit suram.
Ini cara sedrhana tapi efektif. Anda bisa menyelamatkan diri, anak gadis Anda, atau teman wanita dari "perkosaan visual".

Banyak wanita tidak menyedari telah menjadi korban, seperti kes beberapa tahun lalu ketika sekelompok artis dirakam aktivitasnya saat berganti baju di sebuah toilet studio foto.

Meski Anda bukan artis, hal ini tetap dapat menjadi ALAT PEMERASAN. Teknologi sekarang memudahkan para penjahat atau orang iseng beraksi merekam aktiviti peribadi Anda di toilet dengan telefon.

Bayangkan kalau itu di-upload di internet via facebook atau twitter atau media sosial lain seperti youtube.

01 July, 2012

0 Asal-usul nama Bongek

BONGEK – "Saya tak kecil hati kalau orang luar sukar sebut nama kampung kami ini," kata Basri Hasan, 71, anak jati Kampung Bongek, di sini.

Bagaimanapun, Basri berharap, orang ramai memperbetulkan sebutan namanya berikutan kampung berkenaan mempunyai sejarah keistimewaan tersendiri.

Basri yang kini merupakan Pensyarah (Dosen) Islamic Educational Institution Perguruan Diniyyah Puteri Padang Panjang di Sumatera Barat berkata, nama kampung berkenaan diperolehi berikutan penemuan mata air panas oleh masyarakat Minangkabau dari Acheh seawal 1773 yang ikut merantau ke situ bersama Raja Melewar.

Menurutnya, sememangnya lumrah masyarakat zaman dahulu untuk membina penempatan berdekatan sungai kerana mereka menjadikannya sebagai panduan arah laluan atau jalan ke penempatan lain.

"Berpandukan kepada sungai, empat suku utama iaitu Seri Lemak, Tanah Datar, Acheh dan Paya Kumbuh berpecah mencari penempatan sendiri. Suku Acheh telah
singgah di dua lokasi berbezayang kini dikenali sebagai Pulau Acheh dan Bongek Acheh," katanya.

Penerima Anugerah Tokoh Guru 2012 Daerah Rembau berkata, orang Minangkabau yang menjumpai mata air panas telah menggelarkan ia sebagai ‘air hangek', manakala, kedudukannya dalam paya dalam bahasa sanskritnya disebut sebagai ‘bonchah'.

"Disebabkan ia disebut sebagai 'bonchah hangek' secara berulang kali oleh penduduk, lama kelamaan sebutan tersebut disingkatkan dan menjadi nama kampung seperti
sekarang ini iaitu 'Bongek'," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, kini orang ramai boleh melihat sendiri kewujudan mata air panas di kawasan paya yang terletak kira-kira satu kilometer dari jalan utama perkampungan itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bongek, Abu Hashim Omar berkata, kampung berkenaan kini tidak putus-putus
melahirkan modal insan cemerlang dalam pelbagai bidang.

“Pernah juga saya terdengar orang mempermainkan sebutan nama kampung ini. Atas dasar itu, kita harap agar mereka-mereka ini akan mengenali serta mencari keistimewaan kampung ini sebagai antara penempatan awal dibuka di daerah Rembau," katanya.

About

 

Anak-Anak Jati Pulau Pinang Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates