Blogger news

Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

04 July, 2012

0 Rumah perlindungan jadi 'syurga' peliwat!

MELAKA - Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) mendakwa berlaku penderaan seksual dan liwat ke atas penghuni sebuah rumah perlindungan di negeri ini.

Presidennya, Muhammad Khairul Hafiz mendakwa kejadian liwat dan penderaan seksual itu bukan sahaja dilakukan penghuni rumah itu malah oleh staf rumah perlindungan itu termasuk pengawal keselamatan dan atendan.

"Dipercayai berlaku lebih 100 kes sejak 2004 sehingga Jun tahun ini. Saya juga difahamkan, tahun ini saja, tujuh laporan polis berhubung kes liwat di
rumah perlindungan berkenaan dibuat," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Sambil menyatakan Perbak mempunyai kenyataan pengakuan seorang kakitangan di rumah perlindungan itu yang mengesahkan kejadian liwat dan penderaan seksual itu, Muhammad Khairul berkata, pihaknya telah membuat dua laporan polis di Putrajaya berhubung perkara itu baru-baru ini.

Sementara itu, seorang pemuda yang mendakwa pernah menjadi mangsa liwat dan penderaan seksual di rumah perlindungan itu turut hadir pada sidang akhbar itu.

Pemuda itu yang kini berumur 19 tahun mendakwa perbuatan terbabit dilakukan secara paksa terhadapnya oleh penghuni dan kakitangan di rumah perlindungan itu ketika dia ditempatkan di situ pada 2006.

"Kira-kira dua bulan selepas saya dimasukkan ke rumah perlindungan tersebut, seorang pegawai melakukan liwat ke atas saya dan sejak itu beberapa penghuni serta pegawai mengulangi perbuatan itu.

"Saya diperlakukan sebegitu dalam tempoh setahun. Masa itu saya masih budak, menyebabkan saya tidak tahu perbuatan terbabit salah di sisi agama selain terpaksa berdiam diri kerana takut dikenakan tindakan," dakwanya.

Katanya, sebelum dihantar ke rumah perlindungan di negeri ini, dia ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Kuantan, Pahang sejak dilahirkan
pada 1993.




Sementara itu, Ketua Polis Melaka Datuk Chua Ghee Lye ketika dihubungi Bernama berkata, polis tidak menerima apa-apa laporan berkaitan penderaan seksual di rumah perlindungan tersebut. Bernama

30 June, 2012

0 Zoo Negara bakal pindah ke Janda Baik

BENTONG - Persekitaran hijau dan alam semulajadi yang masih terpelihara di sekitar Janda Baik di sini, dilihat menjadi pilihan terbaik bagi pembinaan zoo negara yang baru.

Anggota Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Zoo Negara sedia ada kini dilihat tidak lagi sesuai berikutan pembangunan pesat yang berlaku di sekelilingnya.

"Bagaimanapun kerajaan masih belum memutuskan lagi sama ada akan dilaksanakan atau tidak, memandangkan ia masih dalam peringkat perancangan.

"Perancangan untuk memindahkan Zoo Negara ke kawasan Janda Baik dilihat pilihan terbaik kerana kedudukannya yang begitu hampir dengan Kuala Lumpur.

"Kawasan persekitaran yang menghijau di Janda Baik amat sesuai untuk dijadikan tempat tapak zoo bagi menempatkan pelbagai jenis haiwan. Namun begitu ia masih memerlukan perancangan teliti dan rapi bagi memastikan tidak menimbulkan masalah kepada penduduk," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis mesra bersama penduduk di Janda Baik hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata sekiranya perancangan pemindahan Zoo Negara itu diluluskan ke kawasan berkenaan, sesi taklimat khas perlu diadakan kepada penduduk.

"Ianya  penting bagi memastikan penduduk mengetahui dengan jelas perkara itu sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya.

“Pemindahan Zoo Negara ke kawasan ini dilihat dapat menjadikan Janda Baik sebagai destinasi yang lebih terkenal dengan kepelbagaian produk pelancongan," katanya.- Bernama

About

 

Anak-Anak Jati Pulau Pinang Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates