Blogger news

10 July, 2012

1 Awek selamba seluk dalam seluar teman lelaki di khalayak!

Awek ni buat apa tuh? Seluk poket seluar ke? Apasal termasuk sampai ke dalam sangat tuh?

Ish! Buat malu kat orang sungguh la...nak raba-raba pun pi la cari tempat lain, ini tempat orang lalu lalang, selamba dia raba bontot boifren...

Boifren 'gatal' bontot ka?

p/s : Aksi Justin Bieber 'tak bleh blah' pun ada SINI!!! @ #WorldStageMY!





0 Pelakon filem, Raja Ilya minta izin nak 'mencarut'

PETALING JAYA: Pelakon filem Appalam, Raja Ilya memberitahu akan meminta izin terlebih dahulu daripada pelakon lain untuk menggunakan bahasa kasar sebelum sesutu babak itu dimulakan.

Raja Ilya, 27, berkata, wataknya yang dipegang dalam drama bersiri Mana Hilangnya Juwita sebagai watak antagonis memerlukan dia banyak menggunakan bahasa kasar bagi menghidupkan peranannya itu dan sebagai menghormati pelakon lain dia meminta izin terlebih dahulu.

"Bayangkan dalam drama bersiri ini saya berlakon di samping Datin Umi Aidi, Erra Fazira dan Lisa Surihani dan perkara terakhir yang saya mahu lakukan adalah meluahkan kata-kata kasar kepada mereka.

"Walaupun hanya lakonan tetapi saya rasa adalah lebih baik meminta izin mereka terlebih dahulu," ujarnya kepada mStar Online.

Drama arahan Joeza Rasidi itu telah pun menemui penonton bermula 9 Julai, pukul 10 malam di Astro Ria.

Tambah Raja Ilya, dia bagaimanapun mengagumi sikap dan personaliti tiga bintang besar itu yang cukup profesional dan merendah diri ketika di set penggambaran drama bersiri itu.

Kata Raja Ilya, sebagai pendatang baru, dia berasa sangat selesa dengan layanan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh ketiga-tiga pelakon wanita itu kepadanya.

"Setahun lebih saya menghilang dan apabila dapat kembali dalam industri terus dapat berlakon dengan nama-nama besar dan sudah tentu saya berasa teruja dan bertuah.




"Mereka adalah antara pelakon yang paling profesional yang pernah saya bekerja," katanya.

Dalam pada itu, Raja Ilya memberitahu, dia ingin lebih serius bergelar seorang pelakon selepas hampir setahun setengah berdiam diri akibat foto kontroversinya tersebar.

Raja Ilya berkata, dia telah meninggalkan peristiwa hitam itu dan berazam untuk memajukan diri serta menjadi seorang pelakon yang baik.

"Tiada guna lagi mengenang perkara yang telah berlalu dan adalah lebih baik saya menfokuskan kepada kerjaya saya," katanya.

Sementara itu, pelakon itu berkata, dia juga sudah pun menubuhkan syarikat produksinya sendiri iaitu Universe Star Sdn Bhd dan berhasrat untuk menerbitkan drama dan filem.

Tambahnya, dia juga telah pun menulis sebuah skrip untuk dijadikan filem dan berharap perancangannya itu akan terlaksana dalam masa terdekat.


"Sepanjang setahun setengah saya menghilangkan diri banyak perkara telah saya lakukan dan kini saya ingin memastikan apa yang saya rancang akan terlaksana," ujarnya.

mStar

0 Pelakon Shasha Elite sah cerai talak satu....untuk kali kedua!

Sasha Saidin


KUALA LUMPUR: Ikatan perkahwinan selama lima tahun antara bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin dan Salyo Priyanto terlerai selepas mereka sah bercerai pada Selasa.

Salyo, 37, seorang warga Indonesia melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Sasha, 36, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak di sini, selepas kedua-keduanya bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik.




Lafaz itu dibuat dihadapan Hakim Shaiful Azli Jamaluddin pada pukul 2.55 petang dan mahkamah yang menyabitkan lafaz cerai itu sebagai sah memerintahkan Sasha untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula hari ini.


Sasha dan Salyo yang merupakan warganegara Indonesia telah berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, berusia tiga tahun.

Sebelum perkahwinan itu Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London, namun mereka berpisah empat tahun kemudian.

mStar

0 Semasa Ayah dakwa kawan 'Imam Mahadi' anak gila Internet

PUTRAJAYA- "Saya kecewa dia belajar tinggi tapi jadi begini."

Demikian kata Ahmad Adam, 55, bapa suspek wanita yang ditembak polis ekoran kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, semalam.

Menurutnya, suspek merupakan anak kedua dari empat beradik seorang yang peramah dan baik, malah sebelum ini bekerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat di Pelabuhan Utara, Klang sebelum berhenti hujung bulan lalu.





Sinar

0 Polis sahkan dua suspek mengamuk di Putrajaya sakit mental

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan dua suspek yang cuba menceroboh masuk ke dalam bangunan pejabat Jabatan Perdana Menteri, petang semalam mempunyai masalah mental.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya kini sedang mengesan pemandu sebuah kereta yang menghilangkan diri selepas membawa kedua-dua suspek ke bangunan pejabat Jabatan Perdana Menteri.

Bharian                                  



09 July, 2012

0 'Imam Mahadi' mati ditembak selepas mengamuk di Putrajaya

PUTRAJAYA - Menggelar dirinya 'Imam Mahadi', seorang lelaki bersama seorang wanita bersenjatakan pedang samurai mengamuk di pekarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum menyerang polis bantuan untuk memasuki kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang tadi, kedua-dua suspek menuju ke pos pengawal keselamatan sebelum dihalang oleh polis bantuan.

Bagaimanapun suspek lelaki meletakkan pedang samurai di leher polis bantuan terbabit.

Menurutnya, polis bantuan yang bertugas terpaksa membenarkan kedua-dua suspek dan ketida berada di Kompleks B, suspek telah melibas pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM.

"Setelah menerima maklumat dari Pusat Kawalan,anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) sampai di tempat kejadian dan memperkenalkan diri sebagai polis, namun turut diserang oleh kedua-dua suspek guna pedang samurai.

"Anggota Cawangan Kereta Peronda (MPV) sampai untuk bagi bantuan turut diserang dari jarak dekat sebelum salah seorang anggota melepaskan tiga das tembakan mengenai kedua-dua suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini lewat petang ini.

Abdul Razak berkata, suspek lelaki yang juga penganggur berasal dari Petaling Jaya berumur 47 tahun cedera terkena dua das tembakan di bahagian bawah perut (ari-ari) dan tangan kanan manakala suspek wanita juga seorang penganggur, berumur 28 tahun, cedera terkena tembakan di paha kanan.

"Suspek lelaki meninggal di hospital manakala suspek wanita menerima rawatan di Hospital Putrajaya dan dilaporkan stabil.

"Hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki berkenaan mengaku dirinya 'Imam Mahadi'," katanya.

Menurut Abdul Razak, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada suami suspek, isterinya yang juga bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia baru seminggu mengenali suspek lelaki berkenaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, cubaan membunuh polis," katanya.
posted from Bloggeroid

0 (Gambar) "HUDUD" ala Taliban, Najiba ditembak setelah dituduh lakukan hubungan sulit

 Dituduh berzina dengan komander Taliban, Najiba wanita berusia 22 tahun ditembak dari jarak dekat menggunakan raifal AK47 oleh suami beliau sendiri sambil disaksikan oleh sebahagian besar penduduk disebuah kampung diwilayah Parwan Afghanistan






About

 

Anak-Anak Jati Pulau Pinang Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates