Blogger news

13 August, 2012

0 [Gambar] Bikini Katy Perry hampir terlondeh hingga ternampak punggungnya!

Penyanyi terkenal, Katy Perry hampir terlondeh keseluruhan bikininya di Taman Air Raging Water di San Dimas ketika berseronok bermandi manda di sana.

Tiada seiapa pun sempat berlari untuk menutup punggungnya yang terdedah setelah dipunggul ombak ketika baru keluar dari kolam tersebut.

Bikini atasnya juga hampir terlondeh, mujur diikat dengan baik, jika tidak, pastinya pengunjung-pengujung di taman tema air itu dapat melihat semua aset Kate Perry.

[Iklan: Hari Raya semakin dekat – sampaikan la mesej #UEratkanLagi dan minta maaf zahir batin ]
[Iklan: Ingin memenangi tablet? Mudah jer. Like #PPZ dan meninggalkan komen positif untuk merebut peluang ini!]



0 Gadis 10 Tahun Dirogol, Ditanam Hidup-Hidup Bangkit Dari Kubur Berlaku Di Filipina

Gambar hiasan
Mungkin inilah yang disebut keajaiban Tuhan pada orang yang teraniaya. Kejadian yang menimpa gadis 10 tahun yang diperkosa dan ditanam hidup-hidup oleh sepupunya yang berusia 21 tahun akhirnya bangkit kembali dari kuburnya. Ia keluar dari kubur yang tak terlalu dalam, lalu kembali ke rumah orang tuanya dan melaporkan kejahatan itu kepada pihak berwajib.

Kejadian ini berlaku di kampung terpencil di Kota Magpet, Cotabato Utara, Filipina, Rabu, 5 Oktober 2011. Menurut Ketua Polis Magpet Inspektor Polis Roberto Ocumen, awalnya pelaku yang bekerja sebagai petani mengajak berbual korban di luar rumah.

Pelaku yang diketahui bernama Dennis Quilaton ternyata memendam berahi terhadap sepupunya itu. Tak lama berbincang, Dennis memukul korban dengan benda keras. Dalam keadaan tak sedar, tubuh kecil itu diseret ke rumput dan pelaku pun memperkosanya.

“Pemerkosa lalu menguburnya di tanah yang tidak terlalu dangkal dan menutupi dengan daun pisang,” ujar Ocumen dalam incuirer.ner. Merasa sudah cukup selamat untuk menghilangkan jejak maka pelakupun akan meninggalkan lokasi dengan tenang tanpa punya fikiran apa-apa. Namun Tuhan Maha Penolong hambaNya yang teraniaya, tanpa diketahui pelaku sang gadis ternyata masih sedar. Ia tertatih-tatih merangkak ke permukaan tanah. Pihak polis belum tahu berapa lama budak perempuan ini berlangsung di dalam tanah.

Akhirnya, budak ini bertemu jiran yang kemudian menghantarnya kembali ke rumah dan menemui orang tuanya. Peristiwa seseorang bangkit dari kubur pernah terjadi di Indonesia meski dalam kes yang berbeza seperti di postingan beberapa waktu silam. Warga Desa Bujel, Kediri, Jawa Timur, geger pada Khamis, 21 April 2011 malam. Seorang lelaki berusia 76 tahun yang dikira sudah meninggal dan dikubur warga, pulang ke rumah. Mat Ikhsan, datuk itu pulang berjalan kaki dengan mengenakan kemeja batik lengan panjang dan seluar pendek.

Keluarga dan jiran Mat Ikhsan yang sedang nongkrong tiba-tiba terkejut. Pasalnya, Mat Ikhsan telah dikuburkan satu bulan lalu di perkuburan desa tempatan. Sebelumnya, keluarga dan warga meyakini jenazah Ikhsan ditemui di Lereng Gunung Klotok dengan keadaan mengenaskan. Polisi bahkan menduga datuk yang berprofesi sebagai carian pasir itu sebagai korban pembunuhan. “Kami menguburnya jam 19.00 WIB setelah diambil dari rumah sakit,”

2dayblogger

10 August, 2012

0 Penternak lembu tergamak rogol gadis kurang siuman

ALOR GAJAH – Seorang penternak lembu tergamak merogol seorang gadis kurang siuman yang tinggal sekampung dengannya di sebuah kampung di daerah ini, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira 10 malam kelmarin apabila gadis malang berusia 28 tahun itu dikatakan keluar dari rumah kira-kira 10 malam.

Sumber berkata, gadis terbabit bagaimanapun ditemui merayau di dalam kawasan kampung berkenaan oleh anak saudaranya kira-kira sejam kemudian.

“Mangsa ditemui dalam keadaan kusut masai dan berjalan kaki kemudian dibawa pulang ke rumahnya, sebelum mangsa membongkar rahsia kepada keluarganya dia dirogol seorang lelaki dikenali di belakang rumahnya.

“Menurut mangsa, lelaki berusia awal 40-an itu yang merupakan penternak lembu telah merogolnya," katanya,

Sumber berkata, mangsa yang merupakan anak ketujuh dari sebelas beradik mengalami masalah mental sejak berusia 23 tahun dipercayai dirogol di dalam kawasan semak berhampiran kolam air panas di kampung berkenaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, lapan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka (IPK) pergi ke lokasi kejadian selepas menerima laporan berkaitan kejadian itu.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, seorang suspek lelaki disyaki cuba melarikan diri sebelum ditahan anggota polis di hadapan sebuah kandang lembu di kampung berkenaan kira-kira 11 pagi.

“Suspek ditahan dan dibawa ke IPK dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Sinar

08 August, 2012

0 Lelaki cuba perkosa isteri kawan baik sendiri

ALOR GAJAH - Hanya kerana sudah lama menyimpan perasaan, seorang lelaki tergamak cuba memperkosa isteri rakan baiknya sendiri.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa terselamat namun terpaksa menerima 38 jahitan di kepala dan patah jari telunjuk kiri kerana cuba mempertahankan diri selepas dipukul dengan cota.

Mangsa, P Anjalai, 27, berkata, ketika kejadian dia sedang tidur bersama anak bongsunya di dalam bilik.

Menurutnya, empat lagi anaknya, Yogeswaran, 9; Phavitra, 8; Thiviya, 5; dan Sutharshini, 4, tidur di ruang tamu.

"Rumah saya dimasuki lelaki terbabit selepas suami, P Thenagaran, 31, keluar bekerja.

"Anak-anak tidak menyedari kehadiran lelaki terbabit sehinggalah mereka mendengar jeritan saya," katanya.

Anjalai berkata, lelaki terbabit cuba menanggalkan pakaiannya tetapi dia berjaya melawan menyebabkan suspek berang dan memukul kepalanya bertalu-talu menggunakan sebatang kayu.


"Saya meraung menyebabkan anak bongsu terjaga dan menangis sambil memaut hujung kaki saya, menyebabkan lelaki terbabit semakin marah.

"Dia ambil anak bongsu saya dan hempasnya ke katil, malah anak sulung yang cuba membantu turut ditolak sehingga terjatuh ke lantai," katanya.

Menurutnya, dalam kesakitan dia berjaya juga menyalakan lampu bilik dan terkejut melihat lelaki terbabit adalah rakan suaminya.

"Dia terkejut kerana saya dapat lihat wajahnya dan segera minta maaf sebelum larikan diri. Dia kata sudah lama simpan perasaan terhadap saya," katanya yang segera menghubungi suaminya bagi memaklumkan kejadian berkenaan.

Sementara itu, Thenagaran yang bekerja sebagai kelindan lori membawa muatan kelapa sawit di Machap berkata, dia segera membawa isterinya mendapatkan rawatan di Hospital Alor Gajah sebelum dirujuk ke Hospital Melaka.

Menurutnya, dia berkawan baik dengan lelaki terbabit sejak tujuh tahun lalu dan tidak menyangka kejadian itu menimpa isterinya.

Berikutan kejadian itu, Thenagaran membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, kira-kira jam 6.45 pagi pada hari kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superitendan Abdul Rahman Jid berkata, seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan di rumahnya, tidak jauh dari lokasi kejadian pada hari yang sama.

“Semasa pemeriksaan, polis menemui sebatang kayu dipercayai cota patah yang ditinggalkan di rumah mangsa.

“Suspek direman empat hari sehingga 12 Ogos ini dan kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan merogol dan memukul,” katanya.

06 August, 2012

0 'Kawaq' masuk rumah masa tengah makan 'soq'

BENTONG - Sepasang suami isteri terpaksa bersahur dalam keadaan mencemaskan bila empat penyamun bersenjatakan parang memecah masuk rumah mereka di Kampung Plentong, Karak, dekat sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Aziz Salleh berkata dalam kejadian pada pukul 4.00 pagi itu, penyamun terbabit dipercayai memasuki rumah mangsa melalui pintu depan yang diumpil menggunakan pemutar skru.

"Suspek kemudiannya mengacukan parang ke arah mangsa, masing-masing berusia lingkungan 40-an, dan mengikat mereka.

"Selepas mengikat tangan mangsa, seorang daripada suspek mengawal mangsa manakala tiga lagi menggeledah rumah mereka sebelum mengambil wang tunai RM500, telefon bimbit serta barang kemas yang ditemui dalam almari di bilik tidur mangsa," kata Aziz ketika dihubungi.

Katanya, penyamun terbabit kemudian melarikan diri masuk dalam hutan berhampiran sebelum kedua-dua mangsa berjaya membuka ikatan.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Karak dan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bergegas ke tempat kejadian bersama Unit Anjing Pengesan (K-9).

Aziz berkata, selepas kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan kes berkenaan. - Bernama

Tatabahasa : Kawaq = perompak, Soq = sahur

03 August, 2012

0 Kaki raba payudara dalam lif dicekup

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sikap keji seorang lelaki mengambil kesempatan terhadap jiran perempuannya dengan menyentuh buah dada mereka ketika berada dalam lif, membawa padah apabila dia ditahan kelmarin, selepas mangsa terbarunya membuat laporan polis.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, remaja perempuan berusia 18 tahun yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat Raya Permai, Sungai Besi di sini, menaiki lif bersama beberapa penduduk lain.

Ketika dalam lif, dia ternampak seorang lelaki, juga tinggal di kawasan perumahan itu yang sering melakukan perbuatan kurang sopan terhadapnya serta mengambil kesempatan terhadap wanita ketika berada dalam lif.

Menurutnya, mangsa mendapat tahu daripada jiran lelaki itu bersikap keji bergesel dengan perempuan sebelum menyentuh buah dada mereka.




“Seperti biasa, mangsa menjauhkan diri namun lelaki berkenaan menunggu semua orang keluar dari lif sebelum menghalang mangsa menyebabkan mereka bergesel ketika remaja itu hendak keluar dari lif.

“Peluang berkenaan digunakan lelaki itu untuk meraba buah dada mangsa sebelum mentertawakannya. Mangsa yang hilang sabar dengan tindakan lelaki itu membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi,” katanya.

Susulan laporan itu, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Seksual dan Penderaan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menahan suspek berusia 35 tahun itu di rumahnya kelmarin.

Harian Metro

0 (Video) Ikan paus 10 tan terdampar di Kuala Penyu

TERDAMPAR...ikan paus ditemui tersadai di pesisir pantai berhampiran Kampung Binturu, Kuala Penyu
KUALA PENYU: Usaha beberapa agensi kerajaan dengan kerjasama penduduk kampung gagal menyelamatkan nyawa seekor ikan paus seberat lebih 10 tan yang terperangkap dalam kawasan air cetek di muara Sungai Sitompak, dekat sini, kira-kira 200 meter dari sebuah limbungan kapal, semalam.

Penguasa Perikanan Daerah Kuala Penyu, Julin Bagang berkata, paus sepanjang kira-kira 17 meter spesies Balen itu ditemui pekerja Taman Pulau Tiga yang kebetulan melalui lokasi berkenaan untuk ke Pulau Tiga, kira-kira jam 9 pagi semalam, sebelum memaklumkan kepada pihaknya.




Menurutnya, spesies paus itu dikenal pasti selepas pihaknya merujuk kepada seorang pensyarah di Universiti Malaysia Terengganu.

“Kami sudah merujuk kepada pakar dan berdasarkan kriterianya, dipercayai ikan paus ini adalah spesies Balen,” katanya.

Julin berkata, paus itu mati kira-kira jam 8 malam tadi selepas pihaknya mendapati tiada sebarang reaksi daripada mamalia itu.

About

 

Anak-Anak Jati Pulau Pinang Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates