Blogger news

03 October, 2012

0 Ani Mayuni kongsi kisah goyang dangdut dalam Istana


“Mungkin ramai yang beranggapan kalau masauk istana ni kena jaga protokol dan sebagainya tapi bagi Ani yang menyanyikan lagu dangdut ni harus bergoyang untuk menghiburkan mereka. Ani pun ada juga rasa serba salah. Tapi itu kehendak mereka.
Itulah kata-kata Ani Mayuni yang kami temui di Taiping baru-baru ini. Untuk makluman Ani Mayuni adalah merupakan seorang penyanyi dangdut yang masih lagi aktif membuat persembahan termaksud di Istana Di Raja. .
“Bila dapat masuk Istana tu memang rasa teruja juga sebab dapat membuat persembahan di sana dan dapat tidur di dalam kawasan Istana. Ani bersyukur dengan apa yang ada walaupun ramai yang menghentam irama dangdut ni sebagai kelas bawahan tapi ada juga rezekinya disitu dan Alhamdulillah.”
Ujar Ani Mayuni lagi kebanyakkan persembahan yang diterimanya di Istana datangnya dari persembahan dari kalangan kerabat di Raja. Katanya “Sebab tu rasa sayang untuk Ani ubah konsep selain dangdut ni sebab orang dah kenal Ani dengan irama sebegini. Kalau nk cari konsep pun akan cari yang macam catchy sikit la kan. Kita pun tak tahu apa selera pendengar sebab bagi kita dah cukup baik tapi pada pendengar tidak semestinya. Kalau macam dulu pendengar kena ikut selera penyanyi, tapi sekarang dah berubah dimana penyanyi kena ikut selera pendengar pula.”

Ani Mayuni
Ditanya tidakkah terfikir untuk muncul dengan album baru pada masa akan datang memandangkan beliau sudah lama tidak ada Album baru, ini jawapnya. “Teringin tu memang teringin jugalah untuk muncul dengan lagu-lagu baru lagipun sebab kenapa Ani jarang muncul di media pun disebabkan tiada lagu-lagu baru. Takkan setiap kali persembahan nak nyanyi lagu yang sama je kan. Nanti orang pun akan naik bosan juga.”
Beliau juga turut menjelaskan yang dirinya tidak terasa dengan saingan yang diberikan artis-artis baru yang kini muncul terlalu ramai. Jelasnya “Ani tidak terasa sangat dengan kemunculan dan juga saingan dari artis baru ni sebab sekarang tak ramai artis baru yang berani keluar dengan irama dangdut.”

Ani Mayuni
Ani Mayuni

Sumber: Buahmulut.com

0 comments:

Post a Comment

About

 

Anak-Anak Jati Pulau Pinang Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates