Blogger news

01 July, 2012

0 Asal-usul nama Bongek

BONGEK – "Saya tak kecil hati kalau orang luar sukar sebut nama kampung kami ini," kata Basri Hasan, 71, anak jati Kampung Bongek, di sini.

Bagaimanapun, Basri berharap, orang ramai memperbetulkan sebutan namanya berikutan kampung berkenaan mempunyai sejarah keistimewaan tersendiri.

Basri yang kini merupakan Pensyarah (Dosen) Islamic Educational Institution Perguruan Diniyyah Puteri Padang Panjang di Sumatera Barat berkata, nama kampung berkenaan diperolehi berikutan penemuan mata air panas oleh masyarakat Minangkabau dari Acheh seawal 1773 yang ikut merantau ke situ bersama Raja Melewar.

Menurutnya, sememangnya lumrah masyarakat zaman dahulu untuk membina penempatan berdekatan sungai kerana mereka menjadikannya sebagai panduan arah laluan atau jalan ke penempatan lain.

"Berpandukan kepada sungai, empat suku utama iaitu Seri Lemak, Tanah Datar, Acheh dan Paya Kumbuh berpecah mencari penempatan sendiri. Suku Acheh telah
singgah di dua lokasi berbezayang kini dikenali sebagai Pulau Acheh dan Bongek Acheh," katanya.

Penerima Anugerah Tokoh Guru 2012 Daerah Rembau berkata, orang Minangkabau yang menjumpai mata air panas telah menggelarkan ia sebagai ‘air hangek', manakala, kedudukannya dalam paya dalam bahasa sanskritnya disebut sebagai ‘bonchah'.

"Disebabkan ia disebut sebagai 'bonchah hangek' secara berulang kali oleh penduduk, lama kelamaan sebutan tersebut disingkatkan dan menjadi nama kampung seperti
sekarang ini iaitu 'Bongek'," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, kini orang ramai boleh melihat sendiri kewujudan mata air panas di kawasan paya yang terletak kira-kira satu kilometer dari jalan utama perkampungan itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bongek, Abu Hashim Omar berkata, kampung berkenaan kini tidak putus-putus
melahirkan modal insan cemerlang dalam pelbagai bidang.

“Pernah juga saya terdengar orang mempermainkan sebutan nama kampung ini. Atas dasar itu, kita harap agar mereka-mereka ini akan mengenali serta mencari keistimewaan kampung ini sebagai antara penempatan awal dibuka di daerah Rembau," katanya.

0 'Kemaluan Mamak' jadi rebutan wanita...

Ramai wanita sekarang berebut untuk mendapatkan 'kote mamak'. Kote mamak yang dimaksudkan ni bukan yang korang pikir, ia adalah sejenis tumbuhan/buah yang dinamakan 'kote mamak' atau nama saintifiknya 'samanea saman'.

Buah kote mamak ini dikatakan mampu menyembuhkan pelbagai penyakit termasuklah darah tinggi dan kencing manis.

Namanya mungkin sangat kurang sopan jika disebutkan namun khasiatnya amatlah bernilai. Hai, buah punya khasiat, mamak punya anu dapat nama.


Orang Perlis memanggil buah ini sebagai BUAH KOTE MAMAK . Anda pernah makan buah ini ? Buah ni masa mudanya hijau, bila masak berwarna hitam.Kalau nak makan dipecahkan kulitnya, isinya kehitam-hitaman,berlapis2 macam asam keping,rasanya pahit2 manis.

Kata orang tua2 bijinya boleh dibuat obat kencing manis. orang sekarang dah tak reti makan buah kote mamak walaupun mai dari kampung. kehadiran bunga kote dari pokok yang sama menandakan buah kote sudah sedia untuk dipetik.


a dikatakan berasal dari Kepulauan India . Di Malaysia , ia membiak liar di pinggir hutan dan jalan. Ketinggian pokoknya boleh mencapai sehingga 50 meter. Ia dikategorikan sebagai buah-buahan bermusim iaitu di antara bulan Ogos hingga Oktober. Pokoknya boleh ditanam dengan menggunakan biji benih dan keratan batang. Kebiasaannya isi buah ini dimakan mentah dan bijinya direbus untuk dijadikan penawar kepada penyakit kencing manis.

"Buah Kote Mamak : Buah ni memang hitam, keras, panjang, kalau jatuh kat tanah yang lembut biasanya ia akan terpacak. Mungkinlah dek sebab 'doctrine signature' sebegini yang menyebabkan ia di kenali sebagai Kote Mamak. Dikatakan biji dia diproses untuk dapatkan minyak, dan digunakan untuk mengurut 'anu..... supaya gagah dan terjaga. Kiranya Kote Mamak ni memang herba untuk lelaki"...
Nuffnang Ads



"Adakah anda berbuah Kote Mamak ...?"


Buah kote Mamak yang cedera ...

Sumber - Anak-anak Negeri Sembilan

0 Video pasangan mabuk beraksi tidak senonoh dikhalayak ramai!

Gila! China memang penuh dengan aktiviti kontroversi oleh rakyatnya yang mencecah 1 billion.

Video 18 SX dibawah menyaksikan sepasang kekasih yang melakukan aksi tidak senonoh pada waktu siang hari dikhalayak ramai.

Menurut laporan berita, kedua-duanya yang dipercayai kekasih, dilihat berjalan-jalan sambil terhuyung hayang akibat mabuk dan apabila tiba di kaki lima sebuah kedai, wanita tersebut tiba-tiba jatuh dan tidak mampu bangun.

Lelaki tersebut kemudiannya mengambil kesempatan dengan mencium wanita berkenaan hinggalah menyelak bajunya hingga tersingkap payudaranya.

Apa yang mengejutkan, lelaki tersebut kemudiannya tanpa segan silu telah menghisap payudara wanita tersebut sambil diperhatikan oleh orang yang lalu lalang di situ.

Keuda-dua pasangan ini kemudiaanya telah dibawa ke balai polis keran tindakan yang melampau dikhalayak ramai.



1 Pelakon Wati diajak ke ranjang sebagai syarat jadi pelakon


PELAKON baru, Shakilawati Khoriri mengakui hampir menjadi mangsa nafsu serakah seorang pengarah lelaki selepas diumpan hadir ke sesi uji bakat untuk tawaran berlakon sebuah drama terbaru.

Menceritakan detik cemas itu, katanya, dia datang ke pejabat pengarah itu untuk mencuba nasib sebagai pelakon selepas diajak hadir menyertai sesi uji bakat yang kononnya dijalankan produksi itu.

“Ketika sesi ‘uji bakat’, saya diminta melakonkan beberapa aksi secara spontan, termasuk babak dirogol.

“Ketika melakonkan babak itu, saya tidak fikir bukan-bukan kerana percaya itu adalah cabaran untuk menjadi pelakon.

“Namun, walaupun saya menurut kehendaknya, dia masih tidak berpuas hati sebelum memaklumkan saya tidak berjaya untuk uji bakat itu,” katanya.

Dia yang lebih dikenali sebagai Shakilla Khoriri hairan dengan situasi itu lalu melontarkan pertanyaan pada pengarah berkenaan.


Akhirnya niat sebenar pengarah itu terbongkar apabila dia secara terus-terang mengajaknya ke ranjang sebagai syarat mendapat tawaran berlakon.

“Saya kecewa mengapa situasi ini terus berlaku pada artis wanita yang ingin bekerja dengan jujur. Saya percaya ramai artis wanita lain pernah melalui situasi sama seperti saya,” katanya yang segera menolak syarat pengarah hidung belang itu.

Sumber : Hmetro

0 Pelakon Rozita Che Wan dedah pengarah miang

PELAKON jelita, Rozita Che Wan pernah ditipu seorang penerbit yang tidak menjelaskan baki bayaran lakonannya selepas enggan mengikut kemahuan lelaki terbabit.

Katanya, insiden berlaku selepas dia menolak pelawaan untuk ‘minum’ bersama penerbit itu pada masa dan tempat yang dirasakan kurang sesuai.

Menurutnya, walaupun berusaha menghubungi kembali penerbit itu, lelaki itu terus menghilangkan diri.

“Saya fikir biarlah tidak dapat baki bayaran itu asalkan maruah tidak jatuh ke tangannya. Saya bekerja ikhlas dan Tuhan yang memberikan rezeki, bukan penerbit itu.

“Sebelum ini saya pernah mendengar cerita di kalangan pelakon tambahan wanita yang mengeluh apabila penerbit atau pengarah mengajak mereka menjadi teman ke pusat hiburan.

“Pelakon wanita terbabit diminta duduk atas riba lelaki itu semata-mata kerana mahu mendapat tawaran berlakon. Mungkin mereka bersemangat mahu berlakon sampaikan sanggup ikut kemahuan apa saja kemahuan jeliknya,” katanya.

Sumber : Hmetro

0 Isteri Presiden Mesir enggan dipanggil 'wanita pertama'

KAHERAH - Isteri Presiden Mesir, Naglaa Ali Mahmoud enggan digelar 'wanita pertama Mesir' sebaliknya lebih selesa dipanggil Ummu Ahmed bermaksud ibu kepada Ahmed iaitu anak lelaki sulung pasangan itu.

Wujud perbezaan di antara Naglaa dan isteri bekas presiden terdahulu, Suzanne Mubarak yang disifatkan sebagai elegan, berpendidikan tinggi dan dari keluarga Britain tetapi dikritik kerana memiliki sifat pentingkan diri, melampau dan suka menguasai orang lain.

Sebaliknya, Naglaa adalah wanita Islam konservatif yang memakai hijab dan tidak pernah menjejakkan kaki ke universiti ataupun kolej. Pengkritik menyifatkan gayanya sebagai lambang kepada kestabilan pimpinan Islam konservatif di Mesir.

Manakala penyokong suaminya berkata, tingkah laku sederhana dan latar belakang wanita itu membangkitkan semangat revolusi dalam demokrasi dan disenangi rakyat.

"Saya hanya mahu dipanggil isteri presiden. Siapa kata isteri presiden adalah 'wanita pertama?'," katanya.

Sumber : Sinar

0 Penyanti Adele umum hamil anak kekasihnya

KETIKA industri muzik seluruh dunia masih bercakap tentang fenomena kerjaya seni Adele yang luar biasa, penyanyi itu membuat kejutan apabila memgumumkan dia sedang mengandung anak kekasihnya iaitu Simon Konecki.

Melalui satu mesej yang ditinggalkan di laman web rasmi penyanyi itu, Adele memberitahu dia sedang menunggu kelahiran anak pertama mereka.

"Dengan rasa gembira saya mengumumkan bahawa saya dan Simon sedang menunggu kelahiran anak pertama kami," ujarnya menerusi mesej itu.

Walapun Adele tampak gembira dengan berita tersebut dan dikongsi bersama peminatnya, namun dia berharap diberikan privasi sepanjang kehamilannya itu.

"Saya mahu anda semua tahu daripada saya sendiri berita ini. Kami sangat bahagia sekarang namun berharap sedikit ruang privasi diberikan kepada kami berdua," katanya.

Penyanyi lagu Someone Like You ini mula menjalinkan hubungan dengan Simon sejak pertengahan tahun lalu dan Adele pernah mengutarakan hasratnya untuk memiliki anak bersama Simon.

"Saya mahu lima orang anak darinya," katanya.

Sumber : mStar

About

 

Anak-Anak Jati Pulau Pinang Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates